>

06 April 2013

Fotografi : Empangan Mengkuang, Pulau Pinang

Info: Empangan Mengkuang merupakan empangan air terbesar di Negeri Pulau Pinang dan telah dibuka pada tahun 1985. Empangan ini dibawah pengurusan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). Empangan ini terletak di Mengkuang, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Mempunyai keluasan 3.9km persegi dan menampung jumlah takungan air sebanyak 23.6 billion liter pada masa kini. Sekarang (2013) empangan ini dalam projek pembesaran disebelah barat empangan yang sedia ada. Dekat bawah ni gambar-gambar yang sempat ambil kat Tasik Mengkuang. Foto oleh : hasifi sani Diambil pada : 5 April 2013 (petang)..

KLIK IMAGE UNTUK BESARKAN









Sekian Sahaja dari KbK.. peace  >_<

24 March 2013

Siapakah Yahuda yang disalib?

Mesti semua pernah dengar kisah Yahuda/Yahuza yang disalib. Hingga ke hari ini Kristian masih percaya bahawa Nabi Isa a.s. yang disalib. 



Nama asal Yahuda/Yahuza ialah Judas Iscariot  (Hebrewיהודה איש־קריות‎, YehudaYəhûḏāh ʾΚ-qrayyôṯ) .

Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas pengkhianat) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa Al-Masih (Jesus Christ). Hal ini kerana atas tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.

Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa) kepada imam-imam kepala Yahudi. Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (The Last Supper). Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsamani, Baitumuqaddis. Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan "Salam sejahtera wahai Rasullullah" dalam bahasa Ibrani).
Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman. Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.



Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.

Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata "Eli-Eli Lammasabacthtani" maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku". Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.

Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)

"dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa". (An Nisaa' : 157)

Peace >_<

21 March 2013

Fotografi : Jambatan Kedua Pulau Pinang

Post yang lepas pasal gambar2 pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Tapi kali ni kita tengok pula foto-foto hasil karya fotographer2. Ni lah navigation span untuk jambatan. Sekarang  keseluruhan jambatan sudah bersambung dan kerja-kerja menyiapkan jambatan giat dijalankan walaupun malam. (Klik gambar untuk besarkan)










Foto-foto ni di share dari fb George Town, Penang .. Sekian Sahaja dari KbK.. peace >_<

22 February 2013

KESALAHAN DALAM FILEM : WAWA SEMPUT

2013 mempersembahkan sebuah lagi sikuel dari Adnan Sempit. Kali ini watak Wawa dan Bobby diangkat sebagai watak utama. Filem ini menceritakan bagaimana Bobby terpaksa bersaing dengan Abang Ismat dalam mendapatkan cinta Wawa. Setelah menonton dua tiga kali dapat spot mistake2 kecil dari filem ni.. Mistake2 ni memang kita takkan sedar kalau tengok sekali lalu saja.. Jom tengok apa yg silap~~

Syot mula menunjukkan botol sos sudah terbalik. Syot seterusnya bila tukar angle tiba-tiba kelihatan botol sos berdiri semula.
Syot mula kelihatan jarak belakang Wawa dengan tebing adalah jauh. Tukar syot kelihatan jarak jadi dekat dengan tebing.
Syot mula rambut Ayuni berada di depan. Tapi tukar saja syot rambut Ayuni berada di belakang.
Syot mula kelihatan Ismat baru jatuh ke dalam lumpur dan visor helmet baru kotor dengan lumpur yang basah. Tapi selepas seketikata bila tukar syot kelihatan lumpur kat visor dah kering.. (cepat betul kan kering..tak logik..haha)
Pada syot kedua kelihatan ada sejambak bunga mawar di tepi pangkin padahal bunga mawar tu tiada pada syot sebelumnya.
Kedudukan daun bunga mawar yang berubah-rubah kedudukan bila tukar syot.
Syot mula menunjukkan belakang perempuan baju biru tiada sesiapan pun. Tapi tukar syot kelihatan lelaki berbaju merah rapat sekali di belakang perempuan berbaju biru.
Kedudukan watak lain di belakang Wawa berubah dengan mengejut selepas tukar syot.

Setakat tu sajalah kesalahan yang dapat spot.. Ini cuma suka2 saja.. Pasni suggest la movie apa nak suruh kbk spot kesalahan..  Peace >_<

11 February 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Pada tahun 13 Ogos 1985 Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah merasmikan Jambatan Pulau Pinang dan pada 14 September ia dibuka secara rasminya kepada awam. Jambatan Pulau Pinang menghubungkan Perai di tanah besar dengan Gelugor di pulau. Pada tahun 2008 Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan menjadi 6 lorong. Jambatan Pulau Pinang merupakan antara jambatan cable-stayed terawal di Asia Tenggara. Kalau nak tau apa tu cable-stayed bridge klik sini  . Namun jalan masih lagi sesak. Pada November 2006 penanaman ceruruk besi untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dimulakan dan pembinaan bermula pada 2008. Projek ini ditanggu 9 bulan bermula April 2008. Kini projek Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah hampir siap 80%. Jambatan Kedua Pulau Pinang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di sebelah pulau.

Ni fakta ringkas pasal perbezaan jambatan yang lama dan yang baru


Yang ni peta lokasi jambatan dan kedudukan plaza tol. Untuk pengetahuan satu persimpangan susur keluar baru (Batu Kawan) akan dibuat dari Hiway Plus. Pastu jalan ni akan terus ke persimpangan dengan jalan biasa dan terus ke plaza tol jambatan. Sebab ada dua plaza tol sebab Hiway Plus adalah sistem tol tertutup manakala Jambatan Kedua adalah sistem tol terbuka.. Kalau nak tau pasal sistem tol ni klik sini  .


Kat bawah ni gambar-gambar pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang. Sekarang dah 80% progress.. Bila dah siap nanti jambatan ni dapat kurangkan kesesakan kat jambatan yang dok ada.. 
kabel yang berfungsi memegang dek2 jambatan di navigation span (ruang untuk kapal lalu kat bawah)

bahagian tepi jambatan

pekerja di atas dek box girder

berat dek ditampung oleh kekuatan kabel.

Jambatan kedua menggunakan  box girder. Berbeza dengan  jambatan lama yang menggunakan  beam girder.

hujung box girder yang disokong oleh tiang.

Binaan menara dilindungi dengan besi. Jambatan lama dilindungi dengan pulau buatan.

Menara bagi menyokong navagation span.

kekuatan kabel amat kuat bagi menampung berat dek jambatan.

lakaran jambatan yang telah siap

Jambatan Kedua Pulau Pinang menyediakan lorong khas untuk pengguna motosikal

Hujung dek yang masih belum bercantum.

pemandangan jambatan dari jauh

Pagar konkrit yang memerlukan sokongan sebelum benar-benar kukuh.
Rakyat Pulau Pinang sememangnya sudah tidak sabar untuk menunggu siapnya sebuah lagi megastructure terhebat di Asia Tenggara. Selepas ni ada perancangan untuk membina terowong dasar laut dari Bagan Ajam ke Gurney dan sistem monorail yang merentasi Jambatan Pulau Pinang. 


klik kat imej untuk besarkan

Apa yg ditulis bukan copypaste, yg cpypaste hanyalah sesetengah gambar. Credit to JKSD . Sekian Sahaja dari KbK.. peace >_<

05 February 2013

Salasilah Para Rasul dan Nabi

Ni hasil yang saya rangka dari bacaan saya daripada buku kisah nabi dan bahan-bahan rujukan lain. Bertarikh 30 Mac 2009, saya buat sendiri salasilah ni berpandu bahan-bahan rujukan. Kalau nak faham lebih lanjut boleh baca buku Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain dan buku Kisah-Kisah Para Nabi dan Rasul terbitan Al-Hidayah. -Hasifi Sani


2013 | Hasifi Sani

25 January 2013

Jom Masak : LUXURY EGGS SANDWICH (WITH ORIGINAL BLACKPAPER SAUCE)

Ni post pertama untuk tahun 2013. Dah lama tak menulis. Kali ni post pasai cookin2 plak.. Sapa ingat laki tak tau masak.. Haa ni diaa.. Tak tau nak menyorok (sarapanapa pagi ni, so masuk dapur yang ni jadinya.. Merapu  saja buat.. Hidangan ni dinamakan LUXURY EGGS SANDWICH . Kali ni nak kongsi resepi dan cara-cara nak buat. Original from hasifi sani


LUXURY EGGS SANDWICH  (WITH ORIGINAL BLACKPAPER SAUCE)

Bahan-bahan :

1. Roti sandwich
2. Telur
3. Bawang besar
4. Sos : Sos perang demi-glace, bawang putih (ditumbuk), daun bay, lada hitam (ditumbuk),butter





Cara-cara :
1.  Goreng telur menjadi telur mata kerbau hingga masak penuh.
2. Untuk sos, mula-mula larutkan sos perang dalam air hingga sebati dan kemudian masukkan lada hitam      yang telah ditumbuk ke dalam larutan. Kacau hingga sebati.
3. Kemudian panaskan butter hingga cair dalam periuk.
4. Seterusnya tumis bawang putih yang telah ditumbuk. Seketika selapas tu masukkan daun bay.
5. Bila bawang dah agak-agak nak garing, masukkan larutan sos tadi. Tambah sedikit gula mengikut citarasa. (sikit saja,agak2 atas hujung jari. Garam tak perlu sebab sos sudah masin)
6. Kacau hingga mendidih. (Ingat,, sentiasa kacau tanpa henti)
7. Akhir sekali masuk sikit butter dan kacau.
8. Celupkkan telur tadi ke dalam sos dan hidangkan di atas roti. Tabur bawang besar yang dipotong nipis ke atas telur.
9. Akhirnya siaplah LUXURY EGGS SANDWICH.

Hidangan ini sesuai untuk sarapan pagi. Sesuai dimakan bersama-sama coleslaw. 

Cukup2 sudah..cukup smpai disini saja.. peace >_<



12 December 2012

Gambar-gambar lama Seberang Perai (Province Wallesly)

Post kali ni menarik jugak. Ni pasal foto-foto sejarah. Pasal sebuah wilayah yang bernama Province Wallesly. Province Wallesly adalah sebahagian daripada wilayah Prince of Wales Island. Province Wallesly ni sebenarnya adalah Seberang Perai. Nama yang penjajah letak. Prince of Wales Island tu Pulau Pinang la. Jom tengok koleksi-koleksi foto dan poskad lama Province Wallesly.
Keretapi yang melalui sawah padi di Seberang Perai

Salah satu jalan di Butterworth

Jeti bot di Butterworth

Inilah jeti feri yang ada sekarang. Pangkalan Sultan Abdul Halim

Salah satu kilang di Butterworth. Kalau tak silap sekarang wujud lagi. Dekat dengan jeti. Tiap-tiap hari keluar asap  banyak macam kebakaran.

Bot nelayan Sungai Prai

Sungai Prai

Sungai Perai

Tak pasti ni dekat mana

Pelabuhan di Butterworth

Ni lah stesen keretapi Butterworth. 

Nibong Tebal

Permatang Bertam, Kepala Batas

Sungai Perai
Setakat tu saja gambar-gambar kali ni. Lain kali banyak lagi gambar2 lama akan di post. Yang penting selalu update post kat sini. Semoga semua dapat bayangkan balik macam mana zaman tok2, tokwan kita dulu-dulu. Thanx for support this kucingbacakitab .. Salam..  >_<

link2 untuk post gambar-gambar lama
gambar lama pulau pinang
gambar evolusi feri pulau pinang
gambar-gambar lama kedah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI