Ni post pertama untuk tahun 2013. Dah lama tak menulis. Kali ni post pasai cookin2 plak.. Sapa ingat laki tak tau masak.. Haa ni diaa.. Tak tau nak menyorok (sarapan) apa pagi ni, so masuk dapur yang ni jadinya.. Merapu saja buat.. Hidangan ni dinamakan LUXURY EGGS SANDWICH . Kali ni nak kongsi resepi dan cara-cara nak buat. Original from hasifi sani
LUXURY EGGS SANDWICH (WITH ORIGINAL BLACKPAPER SAUCE)
Bahan-bahan :
1. Roti sandwich
2. Telur
3. Bawang besar
4. Sos : Sos perang demi-glace, bawang putih (ditumbuk),
daun bay, lada hitam (ditumbuk),butter
Cara-cara :
1. Goreng
telur menjadi telur mata kerbau hingga masak penuh.
2. Untuk
sos, mula-mula larutkan sos perang dalam air hingga sebati dan kemudian
masukkan lada hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan. Kacau hingga sebati.
3. Kemudian
panaskan butter hingga cair dalam periuk.
4. Seterusnya tumis bawang putih yang telah
ditumbuk. Seketika selapas tu masukkan daun bay.
5. Bila
bawang dah agak-agak nak garing, masukkan larutan sos tadi. Tambah sedikit gula
mengikut citarasa. (sikit saja,agak2 atas hujung jari. Garam tak perlu sebab
sos sudah masin)
6. Kacau
hingga mendidih. (Ingat,, sentiasa kacau tanpa henti)
7. Akhir
sekali masuk sikit butter dan kacau.
8. Celupkkan
telur tadi ke dalam sos dan hidangkan di atas roti. Tabur bawang besar yang
dipotong nipis ke atas telur.
9. Akhirnya
siaplah LUXURY EGGS SANDWICH.
Hidangan ini sesuai untuk sarapan
pagi. Sesuai dimakan bersama-sama coleslaw.
Cukup2 sudah..cukup smpai disini saja.. peace >_<
No comments:
Post a Comment