>

22 February 2013

KESALAHAN DALAM FILEM : WAWA SEMPUT

2013 mempersembahkan sebuah lagi sikuel dari Adnan Sempit. Kali ini watak Wawa dan Bobby diangkat sebagai watak utama. Filem ini menceritakan bagaimana Bobby terpaksa bersaing dengan Abang Ismat dalam mendapatkan cinta Wawa. Setelah menonton dua tiga kali dapat spot mistake2 kecil dari filem ni.. Mistake2 ni memang kita takkan sedar kalau tengok sekali lalu saja.. Jom tengok apa yg silap~~

Syot mula menunjukkan botol sos sudah terbalik. Syot seterusnya bila tukar angle tiba-tiba kelihatan botol sos berdiri semula.
Syot mula kelihatan jarak belakang Wawa dengan tebing adalah jauh. Tukar syot kelihatan jarak jadi dekat dengan tebing.
Syot mula rambut Ayuni berada di depan. Tapi tukar saja syot rambut Ayuni berada di belakang.
Syot mula kelihatan Ismat baru jatuh ke dalam lumpur dan visor helmet baru kotor dengan lumpur yang basah. Tapi selepas seketikata bila tukar syot kelihatan lumpur kat visor dah kering.. (cepat betul kan kering..tak logik..haha)
Pada syot kedua kelihatan ada sejambak bunga mawar di tepi pangkin padahal bunga mawar tu tiada pada syot sebelumnya.
Kedudukan daun bunga mawar yang berubah-rubah kedudukan bila tukar syot.
Syot mula menunjukkan belakang perempuan baju biru tiada sesiapan pun. Tapi tukar syot kelihatan lelaki berbaju merah rapat sekali di belakang perempuan berbaju biru.
Kedudukan watak lain di belakang Wawa berubah dengan mengejut selepas tukar syot.

Setakat tu sajalah kesalahan yang dapat spot.. Ini cuma suka2 saja.. Pasni suggest la movie apa nak suruh kbk spot kesalahan..  Peace >_<

3 comments:

Anonymous said...

apa niat buat perbezaan nye sbenar nye ? nak menjatuhkan filem malaysia ker ?

Unknown said...

Saya belum tengok lg filem ni...hohoho!!

kucingbacakitab said...

Tak ada niat nak menjatuhkan industri. Kita belajar dari kesalahan. Kalau tiada komen dan kritikan mana mungkin industri dapat berkembang maju. Di Barat pengkritik2 filem lebih berani dari negara kita. Sebab itulah kualitinya semakin hari semakin meningkat. Industri filem di Malaysia hari ini dilihat lebih mementingkan keuntungan. Quantiti lebih diutamakan daripada quanliti. Kebanyakannya daripada production house sama. Karya-karya independent dilihat kurang mampu bersaing atas dasar monopoli yang diutamakan. Saya juga salah seorang student dalam bidang media dan semua ini berkait rapat dengan apa yang saya pelajari. peace >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI