Tarikh 16, 17 da 18 Ogos 2018 terjadinya suatu perjalanan
merentas banjaran-banjaran di Semenanjung dari Pantai Barat Semenanjung ke
Pantai Timur Semenanjung dan pulang semula ke Pantai Barat. Perjalanan
merentasi Banjaran Bintang, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Pantai Timur & Banjaran Tahan.
Laluan Banjaran Bintang bermula sekitar Baling hingga ke Grik melalui Jalan Persekutuan 4. Seterusnya Jalan Persekutuan 4 terus menyusur membelah gunung-ganang di Banjaran Titiwangsa hingga berakhir turun di Jeli. Banjaran Pantai Timur pula di redah dengan laluan Persekutuan 185 bermula dari Kuala Berang hingga ke Felda Aring, dan seterusnya melalui kaki Banjaran Tahan sebelum tiba di Bandar Gua Musang. Dari Gua Musang mula mendaki laluan Persekutuan 185 ke Banjaran Titiwangsa melalui Cameron Highlands sebelum turun semula ke Simpang Pulai.
Antara laluan penting utama merentasi banjaran-banjaran ini yang
menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur adalah :
- Jalan Timur Barat 1 @ Jalan Persekutuan 4 (Kulim – Pasir Putih). Jalan ini merentas Banjaran Bintang & Banjaran Titiwangsa
i.
Barat (Simpang Pulai – Gua Musang
ii.
Timur (Sempadan Kelantan Terengganu – Kuala
Jeneris Kuala Berang)
TRAVELOG
Ok cukup sikit pasal info, banyak gambar nak kongsi
sepanjang perjalanan. Ride kali ini perjalanan tiga hari dua malam. kekuatan jentera dua buah motosikal berkuasa 150cc. Kos asas ride kali ni hanyalah RM235.80.
Kos
- Minyak (ron95) : RM53.70
- penginapan 2 malam : RM115 (RM230 2 orang)
- makan : RM67.10
- JUMLAH RM235.80
Route
Jarak keseluruhan perjalanan meliputi anggaran 1050km
![]() |
route keseluruhan |
Hari 1 (16 Ogos 2018)
Disebabkan kerja malam, agak lewat ride. Jam 10.00 pagi mula bertolak.
![]() |
Jalan Grik |
![]() |
Jerebu menutupi Gunung Kerunai Kenderung di Grik |
![]() |
Jambatan ke Pulau Banding, Tasik Temenggor, Royal Belum 5.544178, 101.335279 |
Jam 1.30 tengahari tiba di RNR Titiwangsa. Makan tengahari dan berehat ambil angin Banjaran Titiwangsa.
![]() |
RNR Titiwangsa 5.710511, 101.847562 |
![]() |
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari RNR 5.710511, 101.847562 |
Jam 3:16 petang tiba di Jeli. Rehat sebentar di Petronas Jeli dan bergambar di Zero Kilometer Jeli. Destinasi utama menyusuri jalan pantai dari Bachok hingga ke Merang Terangganu.
![]() |
Kilometer 0 Jeli 5.710511, 101.847562 |
Bagi orang ramai batu ni tiada apa-apa maksud, tapi bagi pencinta kembara membawa maksud seribu kepuasan.
![]() |
Sungai Kelantan 5.775404, 102.151447 |
Jam 6:00 petang tiba di Pantai Irama Bachok
![]() |
6.069111, 102.399763 |
![]() |
6.069111, 102.399763 |
Tak banyak pantai menarik sempat singgah sebab cuaca makin gelap. Dalam perjalanan sempat singgah di pasar malam Tok Bali, Agak besar pasar malam, banyak pakaian bundle. Konsepnya lebih seperti uptown sebab tak banyak jual barang makanan basah.
![]() |
pasar malam Tok Bali 5.889857, 102.482617 |
![]() |
Pintu gerbang sempadan negeri Terengganu 5.840259, 102.533101 |
Jam 10:00 malam selamat tiba di EryaBySuriaMerang Merang , Terengganu
Hari 2 (17 Ogos 2018)
Hari kedua perancangan untuk menyusur laluan pantai menuju ke Kuala Terengganu. Penginapan yang dah ditempah melalui AGODA termasuk sekali sarapan pagi. Harga yang murah dapat kalau rajin survey.
lokasi Eyra by Suria Merang : 5.521696, 102.975894
![]() |
Pantai Merang |
![]() |
Jalan ke Kampung Mengabang Telipot |
![]() |
Pantai Mengabang Telipot 5.427346, 103.073871 |
![]() |
Jambatan Sungai Terengganu 5.322686, 103.125646 |
![]() |
Pemandangan Bandaraya Kuala Terennganu dari Bukit Panorama 5.321623, 103.137293 |
![]() |
Bukit Panorama 5.323498, 103.137286 |
Jam 2:00 petang terus check in di Sumai Hotel Apartment di Pantai Batu Burok.Lokasi Hotel strategik dan yang penting parking motosikal lebih terjamin.
![]() |
Sumai Hotel & Apartment 5.329356, 103.149594 |

![]() |
Pantai Batu Burok 5.322477, 103.155190 |
![]() |
5.322477, 103.155190 |
![]() |
5.322477, 103.155190 |

![]() |
Chinatown, Kuala Terengganu |
![]() |
Stadium Tertutup Negeri Terengganu |
![]() |
Makan malam di Selera Emas Tomyam 5.309499, 103.144926 |
Hari 3 (18 Ogos 2018)
Hari terakhir jam 10 pagi sesudah sarapan di hotel, mula bergerak keluar dari KualaTerengganu. Singgah sebentar di Kampung Losong mencari sedikit keropok losong terengganu.
![]() |
Kedai jualan keropok losong di Perkampungan Losong |
![]() |
Sempadan Daerah HuluTerengganu |
![]() |
Singgah rehat sebentar di Kenyir Elephant Village 5.149973, 102.794827 |
![]() |
suatu laluan sekitar Kenyir 5.181681, 102.793685 |
![]() |
5.181681, 102.793685 |

![]() |
5.190650, 102.688709 |
![]() |
Suatu jambatan selekoh di Tasik Kenyir 5.199151, 102.672943 |
![]() |
Route 185 |
![]() |
Koner Maut Kenyir 5.096345,102.614631 |
![]() |
Sempadan Terengganu Kelantan 4.998795, 102.500358 |
![]() |
Felda Aring 4.960537, 102.434952 |
![]() |
Jalan Persekutuan 8 |
![]() |
Tiba di Bandar Gua Musang 4.878722, 101.969918 |
![]() |
Permulaan laluan 185 Gua Musang-Simpang Pulai |
![]() |
Pemandangan gunung-ganang yang menjadi sempadan Kelantan dan Perak 4.716789, 101.606270 |
![]() |
4.716789, 101.606270 |
![]() |
4.716789, 101.606270 |
Setelah berliku menaiki jalan 185, tibalah di Lojing Kelantan. Lojing bersempadan dengan Daerah Cameron Highlands.
![]() |
kelihatan ladang teres kebun sayuran di Lojing |
![]() |
Jambatan Kedua Tertinggi 4.604959, 101.456434 |
![]() |
4.604959, 101.456434 |
![]() |
selamat tiba di daerah Cameron Highlands, Pahang 4.594905, 101.433005 |
![]() |
menikmati 'sunset' di laluan 185 (Barat) 4.591027, 101.343726 |
![]() |
4.591027, 101.343726 |
![]() |
kesesakan di terowong menora 4.683372, 101.031897 |
Jam 11 lebih malam selamat tiba di rumah tercinta. Perjalanan lebih kurang 13 jam.
Sekian saja nukilan tak terpadat.
photo by GoProHero6,Huaweip9
edit by Snapseed
Nukilan oleh HS 08:00pm 21 Ogos 2018
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS
2 comments:
Terima kasih memberi info berharga & permandangan menakjubkan
perjalanan yg menakjubkan dan memberi pengalaman yg berharga, terima kasih diatas perkongsian tuan..
Post a Comment