Mesti semua pernah dengar kisah Yahuda/Yahuza yang disalib. Hingga ke hari ini Kristian masih percaya bahawa Nabi Isa a.s. yang disalib.
Nama asal Yahuda/Yahuza ialah Judas Iscariot (Hebrew: יהודה איש־קריות, Yehuda, Yəhûḏāh ʾΚ-qrayyôṯ) .
Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas pengkhianat) telah
dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa Al-Masih (Jesus Christ). Hal ini
kerana atas tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan
pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan
bukannya Nabi Isa.
Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan
bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30
keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum
Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa) kepada imam-imam kepala Yahudi.
Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun menjamah hidangan moreh
terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (The Last Supper). Baginda (Nabi Isa) telah membawa
kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah
SWT di Taman Gethsamani, Baitumuqaddis. Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa
telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang
berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang
menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan
dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan "Salam
sejahtera wahai Rasullullah" dalam bahasa Ibrani).
Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha
Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa
sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena
tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala
tentera Rom yang menunggu di luar taman. Dalam kejadian itu Yudas mengatakan
yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung
tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran
lari membawa diri sendiri.
Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke
muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya
Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota
kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.
Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina
oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi.
Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata "Eli-Eli
Lammasabacthtani" maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku".
Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi
hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.
Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa
Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang
mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT
seperti Nabi Isa as.(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah
muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar
murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)
"dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami
telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka
tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh
ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang
yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan
tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang
dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin
bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa". (An Nisaa' : 157)
Peace >_<
2 comments:
ada x rujukan atau hadis sahih yang menunjukkan bahawa Yudas tu mengkhianat ? kalau ada bukti sila sertakan. Nak buat rujukan
Ya. Malah Yudas adalah disanjung dlm al Quran. Boleh baca tafsir ibnu kathir membahas dlm surah al soff ayat terakhir, Yudas sebenar Hawariyyun yg setia. Yg paling muda. Dan terpilih utk ditukar wajah dan disalib syahid di jalan Allah.
Post a Comment