>

21 January 2019

WHAT INSIDE MY TECH BAG | APA DALAM BEG GADJET SAYA

Bila ride atau travel, salah satu perkaran yang kita akan bawa adalah gadjet-gadjet ringkas dan mudah alih. Saja berkongsi apa akan bawa bila travel untuk short trip.



  • Set kamera Go Pro (kamera, casing, stick, bateri)
  • powerbank 20000mah
  • usb wifi pendrive 4gb
  • usb/type c pendrive 32gb
  • bluetooth earphone
  • Lenovo Miix 320
  • Cable pouch (cables,card reader, type c to usb 3.0 hub, power adapter)
  • Lenovo power adapter
  • Power socket extension
Untuk bag sebenarnya ikut keadaan, kalau nak space lagi luas kena masuk semua ni dalam beg lebih besar. Ni sekadar gadjet tak termasuk telefon pintar. 

Unttuk telefon lebih selesa guna dua telefon. Satu untuk media sosial dan komunikasi. Dan satu lagi untuk gps, hotspot, media.

Huawei P9. primary phone. Media sosial, foto, komunikasi utama

Asus Zenfone Max Plus. Untuk gps, hotspot untuk laptop, dan kadangkala sebagai media hiburan.
Setakat itu sahaja perkongsian. Selamat malam.

08 January 2019

Kedah Tua : Perjalanan sebuah empayar kepada negeri berdaulat

Kedah Darul Aman hari ini merupakan sebuah negeri moden yang bersama membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia) sejak 1957. Namun era silam, Kedah bukanlah seperti mana yang wujud hari ini. Kedah merupakan sebahagian wilayah Empayar Langkasuka yang wujud sekian lama sebelum wujudnya Empayar Kesultanan Melaka. Bahkan Kesultanan Islam Melayu Kedah lebih awal muncul sebelum Melaka. Tanadun Lembah Bujang merupakan permulaan kepada lahirnya Kedah Tua.

Tamadun Hindu-Buddha
Sebelum wujudnya Kesultanan Islam Kedah, Kedah sudah berkembang dengan pengaruh Hindu-Buddha. Melayu adalah pribumi asal mendiami Lembah Bujang. Pribumi ini asalnya berkepercayaan animisme namun pengaruh keagamaan, kebudayaan, tulisan, sastera, bahasa dan lain pengaruh dari Tamadun India (Hindu dan Buddha) mula dibawa masuk ke Lembah Bujang. Ia bertepatan dengan Teori Greater India oleh Snouck Hurgronje. Era Empayar Chola telah merubah peradaban pribumi Lembah Bujang kepada tamadun Hindu Lembah Bujang, Kedah Tua.

Tamadun Melayu berkepercayaan Animisme
Namun itu hanyalah teori berdasarkan jumpaan di Lembah Bujang. Hanya jumpaan arkeologi di beberapa puluh buah tapak. Tamadun Lembah Bujang bukanlah seluas itu, tapi lebih besar pengaruhnya. Teori pribumi (Melayu) mengamalkan Animisme masih relaven. Tiada bukti arkeologi sebuah kerajaan Hindu berdiri di Lembah Bujang. Tiada artifak melambangkan kuasa raja, sebaliknya hanyalah artifak berupa keagamaan dan peralatan seharian. Masyarakat Melayu Kedah Tua sudah lama mengamalkan animisme dan tak semua yang menganuti Hindu-Buddha.

Sungai Merbok, sebahagian jaringan perdagangan silam Kedah Tua

Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah

Tinggalan pelapik tiang candi sekitar Lembah Bujang

Candi Bukit Batu Pahat, candi induk terbesar di lembah Bujang

Bekas batu yang dipahat untuk membina candi di Sungai Batu Pahat

Batu yang telah dipahat
Teknologi hasil peradaban yang dikembangkan oleh Tamadun Lembah Bujang telah membentuk suatu sistem masyarakat pribumi yang sistematik yang ada ketuanya atau penghulunya sendiri. Namun tiada sistem beraja yang muncul era awal kemunculan tamadun. 

Permulaan Sejarah Beraja Kedah Tua
Kedah Tua bermula dengan munculnya peradaban Lembah Bujang. Banyak sumber kemunculan raja di Kedah. Versinya datang Maharaja Derbar Raja dari Parsi dan diangkat sebagai Raja. Versi Hikayat Merong Mahawangsa menyebut Merong Mahawangsa sebagai Raja pertama.

Hikayat Merong Mahawangsa
Raja Merong Maha Wangsa
Raja Merong Maha Pudisat
Raja Seri Maha Wangsa
Raja Seri Maha Indera Wangsa (Raja Bersiong)
Raja Ong Maha Perita Deria
Raja Phra Ong Maha Pudisat Raja
Phra Ong Maha Wangsa (Sultan Mudzaffar Shah I)


Raja Parsi
Maharaja Derbar Raja (berpusat di kota Langkasuka)
Maharaja Diraja Putera (kota Langkasuka)
Maharaja Maha Dewa (Sidim, Kulim)
Seri Maharaja Karna Diraja (kota Aur, Sik)
Seri Paduka Maharaja Kerma (kota Aur, Sik)
Seri Paduka Maharaja Maha Dewa (bukit Meriam)
Seri Paduka Maharaja Derma Raja
(bukit Meriam)
Seri Paduka Maharaja Maha Dewa II (bukit Meriam)
Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II (bukit Meriam) - Sultan Mudzaffar Shah I.



Tapak Tamadun awal Kedah Tua

tinggalan arkeologi Lembah Bujang
Sultan Mudzaffar Shah, Maharaja Derbar Raja II, Phra Ong Maha Wangsa adalah personaliti yang sama dan merupakan Raja Kedah yang pertama memeluk Islam. Menggunakan nama Sultan Mudzaffar Shah, sebuah peradaban baru tamadun Kedah Tua mula dibentuk. Sultan Mudzaffar Shah I ditabal kembali sebagai Sultan dalam suatu sistem pemerintahan bercorak baru iaitu Sistem Kesultanan Melayu Islam.

Papan tanda menuju ke Makam Sultan Mudzaffar Shah

hadapan makam

makam-makam yang turut bersama

tak pasti mana satu makan Baginda, tapi inilah batu nisan paling besar

Pemandangan Gunung Jerai dari kawasan makam

Pengislaman Maharaja Debar Raja II @ Phra Ong Maha Wangsa
Kedatangan Syeikh Abdullah Al-Qumairi dari Yaman ke Semenanjung Tanah Melayu telah merubah sosiobudaya masyarakat setempat Kedah. Beliau telah mengislamkan baginda Maharaja Derbar Raja II @ Phra Ong Maha Wangsa dan secara tidak langsung merubah semua rakyat dibawah daulat sultan memeluk Islam. Syeikh Abdullah al-Qumairi menyarankan supaya dibina sebuah menara sebagai tanda kebesaran Islam di puncak Gunung Jerai dan dijadikan sebagai tempat azan dan menyeru umat supaya menunaikan solat. Bentuk geografi dataran di puncak amat sesuai dijadikan lokasinya dan hari ini dinamakan sebagai Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai. Nama Kedah ditukar sebagai Kedah Darul Aman.

 
binnaa menara dibina sempena memperingati usaha dakwah Syeikh Abdullah

tangga menuju ke Padang Tok Sheikh

suhu sejuk dan kelembapan tinggi di kawasan sekitar

Padang Tok Sheikh, 1200 meter dari aras laut

Pemandangan kearah puncak menara telekomunikasi

jauh mata memandang

Sungai Teroi, Jerai. Kawasan semulajadi pokok damar merah

Air terjun Sungai Teroi

Nama surau di Jerai Hill Resort mengabadikan nama Syeikh Abdullah Al-Qumairi

Pemandangan dari resort
Sebelum memeluk Islam, Sultan Mudzaffar Shah I sudah menjakan pemerintahan di Bukit Meriam, Kedah dan diteruskan disana setelah Islam. Lokasi Bukit Meriam masih dalam lingkungan Lembah Bujang dan merupakan kelangsungan dari tamadun awal Lembah Bujang. Hari ini Bukit Meriam dan kawasan sekitarnya hanyalah kawasan perkampungan Melayu pesisir laut dengan sawah bendang terbentang luas menguasai lanskapnya.

Kampung Bukit Meriam

Pemandangan Bukit Meriam dari sawah padi

Bukit Meriam berlatarkan pemandangan matahari terbenam

Kawasan pesisir pantai sekitar Merbok Kota Kuala Muda dan Yan sejak dulu kala pasti suatu kawasan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dari dunia luar. Gunung Jerai menjadi panduan utama pelaut suatu masa dulu. Ini jadi sebab kenapa Kedah amat dikenali suatu masa dulu lebih awal dari empayar Melaka.

Mee Udang Paksu Pulau Sayak, pemandangan menarik

terbenamnya sang mentari mengingatkan kepada lambaian Melayu silam Kedah Tua kepada pelaut-pelaut yang mengkagumi Kedah


Pulau Pinang masih kelihatan dari jauh.
British dan Siam
Oleh kerana ketamadunan yang tinggi di sekitar lembah ini, penjajah Barat turut tertarik dengan salah satu pulau milik Kedah iaitu Pulau Pinang. Pulau Pinang suatu masa dahulu adalah pusat maritim hebat Kedah dan akhirnya menjadi milik kuasa barat termasuk sebahagian wilayah tanah besar milik Kedah berhadapan dengan Pulau Pinang. Di utara, Kedah diancam Kerajaan Siam dan walaupun berdaulatnya sendiri, Siam masih mengakui Kedah sebagai wilayahnya.


Batu Terat di Ekor Kucing, (Pulau Pinang & Kedah) menjadi bukti persempadan yang dibuat antara British dan Siam. Hari ini sempadan ini bertukar sebagai sempdan Pulau Pinang dan Kedah. Batu tersebut menandakan sempadan antara Siam (Kedah) dengan British (Pulau Pinang)

Lokasi batu sempadan Batu Terat berdekatan Sungai Muda

Batu Terat dipulihara sebagai warisan untuk anak cucu


tertera tulisan British & Siamese Boundary

Anglo-Siamese Treaty 1909
Perjanjian Bangkok 1909 (Anglo-Siamese Treaty) 1909 adalah sejarah yang membuatkan dunia Melayu tersentak. Bumi Melayu semenjung terpisah dua: kepada jajahan Siam dan jajahan British. British Malaya mula mengambil alih Kedah sebagai wilayahnya. Persempadanan Kedah moden seperti yang ada hari dibentuk. Maka wujudlah peta negeri Kedah yang ada hari ini. British memperkuatkan pengaruhnya di Semenanjung Tanah Melayu dan jaringan-jaringan pengankutan dibina untuk ekstrak sumber bumi Melayu dan memudahkan pergerakan mereka sendiri. Peninggalan jambatan keretapi lama menjadi buktinya.

Jambatan kereta api di yang menghubungkan Pinang Tunggal Kedah dan Pinang Tunggal Pulau Pinang.

struktur binaan era British

Sungai Muda, sempadan antara Pulau pinang dan Kedah

jambatan ini sudah tidak digunakan lagi

kesan laluan landasan lama 
Tsunami 2004
Peristiwa Tsunami 2004 menggemparkan kembali bumi Kedah dan Pulau Pinang yang suatu masa dahulu merupakan sebahagian daripada empayar Kedah Tua. Kawasan pesisir pantai lembah bujang sekitar Kota Kuala Muda dibadai ombak besar tsunami yang berpunca dari gempa bumi dasar laut di Lautan Hindi. Semenanjung Tanah Melayu sekian lama adalah bumi yang selamat dari bencana namun 2004 tidak baginya.

Tugu peringatan tsunami 2014 di Kota Kuala Muda

Tinggalan rumah yang musnah
Perjalanan sejarah Kedah bukan sahaja berkisah tentang negeri Kedah moden hari ini, tapi semuanya adalah sebahagian dari Kedah Tua meliputi geografi utara bumi Semenanjung Melayu. Maka wajarlah Kedah digelar sebagai negeri tertua dan tertua sistem beraja dan kesultanannya.


Penulisan ini hasil dari pengalaman dan pembacaan peribadi sahaja. mungkin ada ketidaksamaan dari sudut fakta atau penterjemahan fakta.

Trailer filem hikayat merong Mahawangsa (2010) yang diadaptasi kisahnya daripada kisah Merong Mahawangsa dari karya Hikayat Merong Mahawangsa.



Ride Jelajah Susur Galur Bangsa 6 Januari 2019.

Sekian saja nukilan tak terpadat.

photo by GoProHero6,Huaweip9
edit by Snapseed

Nukilan oleh HS 10:40pm 08 Januari 2019
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS

02 January 2019

RIDE PEMBUKA 2019 : KEDAH-PERLIS

1 Januari 2019 membuka tirai. Sesi panas enjin tahun baru menjelajah susur galur peradaban silam dan peradaban yang terbina hasil intelektual yang menerus melonjak.

Dari rumah (Jarak, Tasek Gelugor) ikut jalan lama, Jalan Persekutuan 1 menuju ke sempadan Pulau Pinang - Kedah di Jambatan Merdeka. Terus ikut Sungai Petani dan keluar ke arah Merbok - Singkir.

(klik imej untuk besarkan)

keseluruhan route

Jalan di Singkir Laut
 Tempat pertama di Tanjung Jaga. Kawasan Geopark yang berkaitan dengan pembentukan Gunung Jerai. 



Warisan geologi di Jerai Geopark mendedahkan bukti geologi tertua negara (Formasi Jerai) sama seperti yang terdapat di Langkawi Geopark (Formasi Machinchang) yang berusia sekitar 550 juta tahun dahulu. Bukti batuan Formasi Jerai ini bersama batuan Formasi Mahang (berusia sekitar 400 juta tahun dahulu), yang kemudiannya diterobos oleh granit Jerai pada 220 juta tahun dahulu, bersama landskapnya juga dapat dilihat melalui 24 geotapak dan 7 geotrail..


sumber : http://www.penerbit.usm.my/index.php/buku/295-jerai-geopark-warisan-geologi-geoarkeologi-dan-biologi



Nak diringkaskan dalam maksud mudah, Jerai dulu batuan dasar laut yang menujah keatas menjadi gunung. Sebab tu ada bukti-bukti geologi batuan dasar laut di Jerai hingga ke puncak.


Tanjung Jaga Geopark

Pemandangan dari Tanjung Jaga. Nak tengok batu geopark kena turun bawah tu. tak turun dah pun.


Villa sapa tah atas ni. Pemandangan sangat mempersona
 Seterusnya destinasi Jalan Negeri K1 membawa terus ke Pantai Murni di Yan.

pantai murni
 kat Pantai Murni ni ada jeti bawa sampai ketengah laut

jeti Pantai Murni. Pening mabuk laut terumbang ambing macam kapai.

pemandangan Gunung Jerai dari jeti Pantai Murni
 Dari Yan terus ke Kuala Perlis melalui jalan pesisir pantai K1 dan 7 menuju terus ke Kuala Perlis. Jalan K1 adalah laluan negeri yang bermula dari Semeling melalui pekan Merbok, Singkir, Yan, Sungai Limau, seterusnya pesisir pantai hingga akhirnya bertemu dengan Jalan Persekutuan 78 (Jalan Kuala Kedah) di Kuala Kedah.

Dari Kuala Kedah melalui Jambatan Tok Pasai yang sangai ikonik di pekan Kuala Kedah dan terus melalui jalan Kubang Rotan menuju ke Jalan Perseketuan 7 (Jalan Alor Star- Padang Besar). Sampai di Kuala Perlis hajat pekena nasi daging di Kuala Perlis, tapi tak kesampaian. Kedai tutup.


Dari Kuala Perlis singgah makan di Kangar dan terus ke Gua Kelam. Makan di Kedai Makan Hj Ismail. Harga berbaloi, menu macam-macam lauk ada.

Gua Kelam, Perlis




Kemudahan di Gua Kelam tak diselenggara dengan baik terutama pondok-pondok wakaf. Surau, tandas. Suasana sebalik sana gua juga perlu di naiktaraf, landskap nampak sunyi, tak ceria.

Lepas tu nak layan pemandangan, terus naik viewpoint Wang Kelian (ketinggian 300m dari aras laut)

jalan ke Wang Kelian

Viewpoint
Kali ni dah tebas semak-semak yang halang pemandangan dari viewpoint tu.

ketinggian 300 meter dari aras laut

Keseluruhan ruang puncak

berpeluan tengok fenomena hujan dibawa angin
Dah sampai Wang Kelian, takkan tak turun sampai sempadan. Terus turun ke pekan sampai sempadan.


hadapan arked niaga yang dah tak beroperasi. Wang Kelian ibarat pekan mati.
Terasa nak makan pulut ayam kat Pulut Ayam Mak Teh Padang Besar. Tapi malangnya tak buka. Kena cari kat tempat makan dekat tepi arked niaga Padang Besar.

Arked Niaga Padang Besar
Habis di Padang Besar tunggu apa balik la. Dah senja. Minyak RS Trico berkelip-kelip. Cari stesen minyak sampai dalam felda, tapi malangnya tutup. Jadi pelan-pelan la bawak moto sampai Changlun. Nah foto-menarik sepanjang jalan Felda Chuping






Sekian saja nukilan tak terpadat.

photo by GoProHero6,Huaweip9
edit by Snapseed

Nukilan oleh HS 08:25pm 02 Januari 2019
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS

siri ride

The Banjaran Ride Pantai Timur (Banjaran Bintang, Titiwangsa, Pantai Timur & Tahan)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI