>

14 November 2015

Penang Longest Forest Trail

Tulisan Sang Manusia Pengembara Hutan...

Dalam bahasa yang mudah difahami dan memahami serta terfaham...

Alkisahnya...

Penang Longest Forest Trail : Teluk Bahang - Bukit Bendera (11.3km)

Tarikh 8 November 2015 diabadikan sebagai tarikh pengembaraan baharu ke alam sunyi tapi berpenghuni iaitu hutan belantara banjaran bukit di tanah yang wujud di tengah-tengah lautan yang diberi nama Pulau Pinang (negeri aku lahir & dibesarkan & berada sampai sekarang).

Peta laluan pengembaraan merentasi belantara
Begini ceritanya.. Pendakian kami berempat hanya mensasarkan puncak Bukit Laksamana sebagai sasaran. Tapi berkat semnagat perhutanan (bukan jabatan perhutanan) antara kami, semangat anak muda nak explore semakin menebal. Permulaan kami dari Taman Rimba Teluk Bahang. Dengan anak tangga simen kami melangkah menuju laksamana. Hanya ikut trek arah kanan (jangan ikut simpang kiri) hingga ke stesen 10 (simpang 12). Nak sampai simpang 12 mental pertamanya diuji dengan terpacaknya jalan memanjat beserta tali-tali yang bukan tali sebarangan.

Aras kecerunan pendakian ke Bukit Laksamana. Antara yang curam dari simpang 8 ke simpang 12, dan dari RG13 menuju ke puncak.


Pendakian ke bukit Laksamana bergelora ibarat ombak kerana terpaksa melaui gradient yang tak sekata yakni sekajap menaik sekejap menurun dan berulang kembali irama gradientnya. Tetapi paling menguji saat melepasi RG13 di mana terpaksa melalui gradient 45 darjah yang agak jauh. Sekali pandang atas nampak mencacak ja trek. Mental lebih penting daripada fizikal saat-saat ni. Untuk ni masuk kali ketiga aku naik ke Laksamana. Sapa pernah naik mesti tau macam mana rasa dia.

saat-saat nak sampai puncak. Sedihnya Eagle Platform hanya tinggal sisa runtuhan.
Dulu di Puncak Laksamana ni ada sebuah binaan tersergam indah iaitu Eagle Platform yg menjadi pelantar pemandangan di puncak. Sini juga port burung helang terbang. 
Gambar asal platform. Sumber-http://www.penangtrails.com/trail
Sisa tinggalan platform. Gambar masa pertama kali sampai ke Laksamana
Pemandangan Dam Teluk Bahang dar puncak laksamana.
                            
Banjaran bukit yang terus menganjur ke pesisir pantai Batu Feringghi.

Dari Laksamana, perancangan baru tercipta. Suatu penjelajahan baru hingga ke puncak Bukit Bendera. Maka kaki meneruskan perjalanan merentas belantara tanpa tahu apa yang bakal dihadapi di depan. Bermakna dari puncak Laksamana perlu turun ke lembah di bawahnya dan mendaki semula ke Western Hill.

Antara andaian dan realiti perjalanan. ternyata mental di uji saat sampai di puncak tertinggi dan menjubam menurun semula dan mendaki semula dan berulanglah proses tersebut.
Kelihatan puncak Western Hill dari Laksamana.

Perjalanan menuruni Bukit Laksamana kami mulai. Trek sangat menurun ke bawah. Anggaran macam dari ketinggian 800m terus sampai pada ketinggian 500-400m.. Kemudian terpaksa melalui tebing berbatu yang curam. Tapi yang menarik, udaranya sejuk, segar kerana berada di tengah-tengah lembah antara Bukit Laksamana dan Western Hill.



Dari Laksamana, sasaran perjalanan adalah menuju ke pertemuan dengan jalan tar yang menuju ke bangunan radar TUDM di Western Hill.

Di suatu perjalanan yang menurun ke bawah, hujan renyai turun membasahi lantai lembah hutan dan kami dipertemukan dengan sebatang anak sungai yang sejuk-sejuknya airnya. Mengalir dalam irama yang tenang membuai jiwa di ketenangan belantara. Peluang membasahkan kulit muka tidak diabaikan. Kesegaran terasa hingga ke sudut terdalam benak jiwa dan tubuh. Tapi sayangnya tiada kesempatan mengabadikan foto di sini dek kerana hujan membasahi kami dan seluruh makhluk flora dan fauna.

KLIK peta untuk tengok lebih jelas laluan perjalanan

Tidak seberapa jauh namun laluan penuh kecuraman dalam pendakian kami dipertemukan dengan penamat denai belantara di pertemuan jalan tar. Maka dengan gemilangnya kami sudah berada di permukaan Western Hill. Maka sekali lagi perjalanan diteruskan dengan gradient menurun melalui jalan tar menuju ke Bukit Bendera. Walaupun jalan tar namun jaraknya teramat terasa kejauhan yang membatasi rintangan masa. Jalan tersebut juga melalui permukaan Tiger Hill dan ada simpang ke puncak Tiger Hill namum kami abaikan kerana destinasi adalah Bukit Bendera. Hampir 45 minit selamat lah tiba perjalanan ke puncak & dataran Bukit Bendera. Rasa masuk ke dunia manusia semula dengan kesesakan manusia berduyun-duyun jika dibandingkan dengan perjalanan merentasi belantara yang hanya kami berempat ditemani flora dan fauna sahaja.

Pemandangan dari puncak Bukit Bendera
Maka tamatlah pengembaraan merentasi trek terpanjang di Pulau Pinang. Tapi ada yg lebih panjang sebenarnya iaitu trek yang sama tapi terus ke Dam Air Itam dan satu lagi menghala ke Balik Pulau. 

Sekian saja di sini harap ketemu lagi.

Nak baca pasai hiking2 tempat lain klik link bawah ni>>> Hiking Gunung Baling >>>

Nukilan oleh HS 03;30 am 14/11/15
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI