>

05 April 2018

Ride Separuh Semenanjung & Jelajah Pantai sekitar Pantai Timur

Ride yg dah dirancang, 7,8,9 &10 Mac 2018 (4 hari 3 malam). Hanya berdua, Honda RS150R dan Benelli RFS150i. Malas nk tulis panjang2, kita simplekan post kali ni.. Layan foto-foto menarik sepanjang perjalanan.

Sebelum tu nak share kos2 sepanjang ride..

Hotel : RM78 sorg (RM156 utk 3 hotel,3mlm)
Minyak : 72.60 (ron95)
Makan : 113.60 (nafsu mkn mcm2 nk try)
Lain2 kos : RM54 (cenderahati)
JUMLAH KOS : RM318.20

Kos xbyk pun, yg pnting pnginapan cri paling bajet & utk rider yg selamat utk park moto. Smua pnginapan booking di Agoda. Minyak pulak jimat sebab kami ride average speed dlm 80-100kmj. Nak jelajah tempat orang tak perlu laju-laju, layan2 ride tengok sekeliling. Cuma bab makan tak boleh elak sebab nafsu nak try macam-macam. Pantai Timur memang best bab makan ni. Cuma ada satu kos yg xmasukkan dalam ni iaitu kos kecemasan. Standby bajet lebih utk apa2 kecemasan mana tau tiba2 moto problem ka. Alhamdulillah moto xdak apa masalah.

Keseluruhan route. Jarak keseluruhan perjalan 1500km (ikut meter motor)

HARI 1

Dari rumah (Penang) soloride dulu. Membe ada urusan di Putrajaya, jadi jumpa di sana. Jam 5 lebih petang baru bertolak dari Sungai Besi menuju ke Kuantan. Memang jam waktu orang balik keja di KL. 

agak lewat tiba di Kuantan. Lebih kurang jam 10mlm. Terus check in hotel dan keluar cari makan. 3.865141,103.239809

Di Kuantan kami menginap di Sun Inns Rest House. Sesuai untuk grup moto kecil sebab ada ruang parking celah2 kereta (kalau banyak xmuat).

HARI 2

 Keesokan hari ronda sekitar Tebing Sungai Pahang & Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.

Tepian Sungai Pahang.

Pantai Teluk Cempedak
Teluk Tongkang. Sebelah saja Teluk Cempdedak, jalan kaki ikut jambatan
Pantai Teluk Cempedak menarik dengan kemudahan. Unik dengan restoran-restoran fast food, masakan tempatan, tomyam dll. 7E pun hado k.. Maka pagi tu berbrekfastlah di MCD Teluk Cempedak bersama beruk2 yg nak merampas fastfood. 

tak dapat merampas mekdi kami, diambilnya 100Plus. Kuat gigi nyet, dua kali gigit hujung botol dh brlubang.

hasil review di google jmpa kedai ni untuk lunch. Mustafa Cendol. Rupanya ni kedai mamak Kuantan. Cuma cendol dia xguna santan rasanya, kurang berlemak.

Selesai di Kuantan kami teruskan perjalanan merentas jalan pantai menuju ke Kuala Terengganu. Kami tak ikut LPT2, tapi kami gunakan Jalan Persekutuan 2 dan 3 yang menyusuri tepian pantai. Sepanjang laluan kami melalui jalan bauksit (dah viral kita follow, tinggi habuk dia sampai tiang letrik, belemoih moto dan cuci moto di Petronas Kijai), Pantai Cherating, Paka, Kerteh, Kawasan minyak mendarat (besar gila petronas punya tempat), Dungun, Rantau Abang, Kampung Jambu Bongkok (port org blakon filem,drama), Marang dan macam2 lagi.


Cherating



senja di Jambu Bongkok

Ride sambil layan suasana pantai. Kami sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 8 malam. Check in di D Doa Maju Homestay di Kampung Losong, KT. Malamnya  malam kami di satu restoran tomyam yang ramai orang tempatan makan, restoran Selera EmasTomyam .Boleh tahan la masakan dia, patut ramai.

HARI 3

Sbab kami di Kg Losong, maka makan pagi semestinya losong goreng original Kg. Losong dan menikmati di tepian Pantai batu Burok, KT.




Sebabkan bulan Januari lepas baru ja mai KT, so xbyk ronda KT, cuma kami teruskan perjalanan meredah jalan pantai menuju ke Kuala Besut.Ada perancangan di sana iaitu hiking Bukit Keluang. Laluan kami gunakan melalui Pantai Mengabang Telipot (nak tgk kesan hakisan laut), Merang, Penarik dan terus ke Kuala Besut.

kesan hakisan laut
sebelum hakisan


suasana restoran Ombak Pantai

lunch di Ombak Pantai, Penarik. Udang Rm10 40ekor. Tp sbb xmkn udang, layan coconut shake ja. 

Seterusnya kami teruskan kembali misi untuk hiking ke Bukit Keluang, Kuala Besut. Dalam perjalan cuaca mula hujan, risau jugak takut hujan kat sana. Tapi Alhamdulillah cuaca baik setibanya di Pantai Bukit Keluang. Dengan hanya pakai jeans, sliper kami redah panjat Bukit Keluang.





Pantai Bukit Keluang memang meriah. Jarang tengok suasana meriah pantai. Dari Pantai Bukit Keluang, Kami redah ikut jalan kampung ke Pantai Air Tawar. Ride kali ni banyak kami redah jalan kampung tengok suasana kampung di Pantai Timur. 


Malamnya kami bermalam di Kota Bharu melalui jalan Kuala Besut melaui Tok Bali. Bermalam di Valka Inn Kota Bharu. Makan malam di KB kami singgah ke Cocoa House Cafe pekena megi tomyam lala.

Tomyam Dia best, pekat,ada rasa manis, ada siput lala. Harga cuma jgn kedekut la,sekali skala xpa..haha

HARI 4
Hari terakhir kami ke Pasar Khadijah (beli sikit buah tgn) dan ke Pantai Irama Bachok. Sebelum ke Pantai Irama, sarapan di port fames di Kopitiam Kita . Macam2 menu tempatan ada sni. semua original org tempatan buat dan diletak di kopitiam ni. 

sempat amik pic ni ja.. pekena laksam kelantan, perghh kuah dia pekat.. xbole dpt kat utara.


sempat bertemu team ARC Klate. Ramah2 smua. Kita rider tiada beza
Selesai di Pantai Irama, Maka bergeraklah kami menuju ke tengah Kelantan melalui Ketereh, Machang dan terus ke Jeli. Di pertengahannya berehat sebentar di Bukit Bunga last beli apa yang patut. Perjalanan meredah Titiwangsa diteruskan.

Masuk sempadan Baling singgah sat di port cantik tgk sunset. Sebab belum sunset tengok yg ni pun jadi la.. loc dia sini sunset viewpoint Baling .Port ni dulu saja redah masuk, tgk2 cntik.




Tepat jam 7 malam selamat sampai di rumah tercinta. Selesai ride 3 hari 4 malam ke Pantai Timur. Agak lewat post kali ni.. Lepas sebulan baru muncul post ni. Andai ada tempat menarik sepanjang perjalanan yg kami terlepas boleh share di komen.
Tunggu next post jelajah Kuala Mu & redah off road....jeng..jeng..jeng..

Sekian saja nukilan tak terpadat.

photo by GoProhHero6,Huaweip9
edit by Snapseed

Nukilan oleh HS 09:50am 5 April 2018
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI