>

13 February 2019

The Reman : Gunung Inas - Tasik Raban Lenggong - Sungai Atas Sungai - Telaga Gergasi

Bumi Reman mewakili wilayah-wilayah bekas pengaruh Reman iaitu Pengkalan Hulu, Baling, Gerik, Lenggong, Batu Kurau, Rantau Panjang (Perak), Mahang, Sedim dan lain-lain wilayah Timur Kedah dan termasuk juga Yala Thailand. Masyarakat reman bertutur dialek Reman iaitu variasi dari Dialek Yala di Selatan Thailand. Namun hari ini dialek berasimilasi dengan dialek berdekatan seperti di Baling yang kebanyakan sudah bertutur dialek Kedah Pesisir. Wilayah Reman meliputi Yala (Thailand) di utara hingga ke Lenggong di selatan.

peta REMAN.

Jelajah 5 Februari 2019 merentasi bumi Reman yang bergunung-ganang melalui Baling- Pengkalan Hulu- Gerik- Lenggong- Ijok- Selama

Ride tanpa rancang mana halu tuju. Permulaan kembara menuju Warung Mat Noi Roti Bakar @ Pitstop Route 67 (klik untuk lokasi)
 Peminat roti bakar boleh ke sini menikmati aneka menu roti bakar. 

Warung Roti Bakar dan Bike Pitsop di Route 67 Baling.

Dari Warung Mat Noi terus ride ke Tanah Tinggi menuju ke Pengkalan Hulu. Singgah di Viewpoint Gunung Inas dan Tapak Mata Air Siram Tabal sempena pertabalan KDYMM Sultan Kedah ke 29.

viewpoint Gunung Inas. kelihatan Gunung Baling dari jauh

Sempena Pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan kedah ke-29, ada beberapa lokasi mata air tertentu di diambil sempena sumber air untuk upacara Siram Tabal Sultan. Antaranya Mata Air di Gunung Inas, Baling Kedah. Kwasan ini bersempadan dengan Pengkalan Hulu, Perak

laluan masuk ke mata air Siram Tabal Gunung Inas

Jalan masuk

mata air Siram Tabal. Yang dimaksudkan adalah anak sungai yang mengalir dari celah gunung

Mata Air Siram 
Dari Gunung Inas, terus melalui pekan Pengkalan Hulu. Pengkalan Hulu suatu masa dahulu pusat utama pemerintahan negeri Reman. Perjanjian Bangkok dan Perang Saudara memisahkan keseluruhan bumi Reman menjadi sebahagian negeri Perak, Kedah dan Yala Thailand.

Hari ini Pengkalan Hulu menjadi pintu masuk ke negara Thailand. Pengkalan Hulu bersempadan dengan Betong di Thailand.

Tasek Takong, Pengkalan Hulu

Berehat santai tengahari di Tasek Takong
Dari Pengkalan Hulu, terus ke Gerik. Gerik suatu pekan menjadi titik pertemuan utama antara Baling, Pengkalan Hulu, dan Baling. Singgah makan tengahari di Gerai Mee Rebus Che Nah (klik untuk lokasi) Gerik. Menu utama Mee Rebus Special dan Air Jagung Special jadi tumpuan. Selain itu ada menu masakan panas dan sup-sup tersedia.

Air Jagung Special, kaw, penuh jagung

Bihun sup puas makan
Melalui Pekan Gerik berasa betul-betul berada di tengah daratan. Jauh dari laut dan berada betul di tengah-tengah Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa. Seterusnya terus meronda ke Lenggong menuju ke Tasik Raban.

Daerah Lenggong, Perak

Tasik Raban, Lenggong

Pemandangan Tasik Raban berlatar belakangkan Banjaran  Bintang


Tasik Raban, Lembah Lenggong, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Kawasan lembah Lenggong salah satu dari lembangan Sungai Perak. Kawasannya lembah antara dua banjaran iaitu Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa.
Banjaran Bintang. Sebuah formasi pergunungan yang bermula dari Selatan Thai (Yala) dan berakhir di Beruas Perak. Menjadi 'pagar' atau sempadan bagi penutur dialek Melayu Kedah/Utara dan penutur dialek Melayu lain. Walaubagaimanapun, Sekitar Kedah Timur, Batu Kurau ada percampuran dengan penutur Dialek Reman (Variasi dialek Pattani/Yala). Sebab itulah dialek dari Batu Kurau hingga ke Mahang, Sedim, Baling, Sik, Kuala Nerang ada variasi dialek Reman. Selatan Banjaran Bintang sekitar Beruas percampura penutur dialek berlaku. Pulau Pangkor (50km dari Beruas) menjadi pulau yang unik dimana pendudul asal ada dua dialek iaitu dialek Perak (pengaruh arus perdana Johor-Riau) dan dialek Kedah.
Untuk membincangkan dialek di Lenggong masih 'complicated'. Dialek sekitar berubah memgikut aliran Sungai Perak. Dari Grik-Lenggong-Kuala Kangsar-Parit-Bota-Teluk Intan-Bagan Datoh. Uniknnya diutara/hulu sungai lebih kepada pengaruh dialek Reman manakala semakin ke hilir semakin dipengaruh dialek Johor Riau. Disitulah keunikan dialek Perak kerana kepelbagaina variasinya. Masyarakat Melayu silam hidup sekitar sekitar sungai membolehkan dialek tersebar namun berubah variasa berdasarkan keadaan setempat.

Dari Tasik Raban Lenggong, terus patah balik merentas Banjaran Bintang menuju ke Ijok Perak. Melalui Sumpitan terus melalui jalan mendaki hampir 550 meter dari aras laut. 

Jalan Sumpitan-Bagan Serai

Indah matahari sekitar laluan sekitar perjalanan.
Laluan merentas Banjaran Bintang ni ada suatu spot air terjun menarik iaitu air terjun dari Gunung Hulu Jernih. Hari ni lalu ada projek macam bina jambatan. Tak pasti untuk tujuan pelancongan atau lain. 

air kurang musim kemarau

dari jambatan

pemandangan Gunung Rambong



Turun dari laluan rentas banjaran terus menuju ke Ijok, Selama. Tarikan utama Sungai Atas Sungai dan Telaga Gergasi. Kedua struktur dibina zaman British untuk tujuan pengairan dan perlombongan.

sungai atas sungai
Sungai atas sungai (klik untuk lokasi) adalah tali air yang dibina merantasi sebatang sungai. faktor graviti jadi sebab ia dibina diatas sungai supaya aliran terus mengalir. 


bawah penutup (biru) tersebut adalah aliran tali air
 Diseberang jalan besar pula dalam 2km adalah Telaga Gergasi (klik untuk lokasi). Telaga ini adalah aliran dari sungai atas sungai dan seterusnya mengalir turun ke tasik Bukit Merah.

Telaga gergasi


aliran tali air turun ke telaga gergasi

mentari makin terbenam di Telaga Gergasi

Senja menjelma, maka keberangkatan pulang perlu dilaksana. Balik melalui Pekan Selama Perak dan Kedah dan terus melalui Sungai Tengas- Terap - Sungai Ular -Kulim dan pulang ke rumah.

Ride Jelajah Reman 5 Februari 2019.

Sekian saja nukilan tak terpadat.

photo by GoProHero6,Huaweip9
edit by Snapseed

Nukilan oleh HS 05:45pm 13 Februari 2019
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI