>

30 August 2018

Ride Redah Hulu Pos Yum ke sempadan Kelantan

Coretan dan gambar oleh SYAHIRAN ABD SUKOR 
Tarikh : 22 Mac 2018

Plan nak ke Cameron Highlands melalui Pos Kuala Mu, Sungai Siput. Sebab try pakai google maps, dia suggestkan ikut jalan tu. So dalam hati memang ingat situ maybe ada jalan walaupun track 4x4. Alkisah bermulalah satu pengembaraan. Setiap kisah ada pada setiap gambar. Lihat sampai habis





Sebelum pergi, dan plan dah dalam google maps. So, aim pertama, nak ke Pos Kuala Mu, Sungai Siput untuk mandi kat sana. Kami bertolak pada pukul 10 pagi dari RNR Gunung Semanggol..


koordinat : 4.844504, 101.327743

Yeeehaaaaa. Akhirnya. Sampai jugak ke destinasi. 93KM dari exit tol Kuala Kangsar. 




koordinat : 4.835888,101.335265

Sejuk betul mandi dekat sini. Suasana tenang, air yang sejuk. Caj parking RM3 untuk motosikal, RM5 untuk kereta. 



Koordinat video: 4.941343,101.297499


Okayyy. Sekarang ni kami dah otw ke Cameron Highland dari Pos Kuala Mu, Sg Siput. Memang rare jalan dia. Jarak dari lokasi video dirakam nak ke Cameron Highland lebih kurang 135KM ikut jalan ni. Jalan ni baru dibuat sebab ada nampak signboard "projek kerajaan, jasa kepada orang asli". tak pasti jalan ni berapa jauh.




Koordinat: 4.927024,101.319374

Fuhhh. Memang lasak la. 


Koordinat: 4.907976,101.351837

Okayyyy. Jalan berbatu dah habis. Jalan berbatu tadi menghubungkan Pos Kuala Mu ke Pos Yum. Tak silap aku, POS ni bermaksud Perkampungan Orang Asli.kotttt. huhu



Koordinat: 4.890656,101.381599

Hahaha. Okayy. Kat sini kami dah mula confuse. Sebab dalam google maps arah lain, tapi jalan ni arah lain. Nasib baik laaa ada offline maps. Untuk pengetahuan, sini memang tak dak line tau. Time ni tengah struggle GPS .


Koordinat: 4.886322,101.396003

Nahhh. Nasib baik boleh lalu ikut tepi tebing tu. Kat sini kami dah masuk zon hutan belantara. Huhu. Dalam hati duk fikir, minta-minta la ada jalan lagi besaq depan ni. 




Jalan dia memang mencabar gila-gila wei.


Koordinat: 4.884642,101.399098
Haha. Kawan isi minyak dulu. Last isi dekat shell Kuala Kangsar. So sekarang ni kena topup minyak. Moto aku minyak banyak lagi. Bajet boleh sampai ke Cameron. 


Koordinat:4.887031,101.408387
Jadi motocross la pulak. Huhu. Berlemoih habis. 





Koordinat: 4.889418,101.416039

Eh, tak perasan pulak ada tasik kat atas ni. So, sekarang ni kami tak tau tasik ni nama apa. 


Koordinat: 4.890046,101.419554
Nasib baik kuat lagi kayu tu. Huhu. Memang rider kental ni. 



Koordinat: 4.889441,101.425787
Alamakkk. Tadi ada jalan.sampai sini terhenti seketika. Mana jalan ni?😂😂😂😰 ayoyoooo. Seram sejuk plak kat tengah-tengah hutan belantara ni. Sekarang ni jam lebih kurang 6 petang. Tak nampak apa-apa clue yang mungkin ada jalan. Sikit lagi nak smpai sempadan Perak/Kelantan. Dalam 3KM je. 


Koordinat: 4.889745,101.425437

Ok. Sekarang ni masa paling buntu. Tengah-tengah hutan tebal weiiii. Decision sama ada nak patah balik atau teruskan perjalanan. Minyak aku pun tak pasti boleh lepas ke tak nak patah balik ni. 


Koordinat: 4.889745,101.425437

Decision made. Apa-apa pun kami kena berpatah balik ke Pos Yum. Sebab dekat depan ni kami tak tau apa lagi halangan akan datang. Masa pun makin suntuk. Sekarang dah pkul 6 petang. Kami kena keluar dari sini sebelum maghrib. Dalam hutan oi. Faham-faham jela.


Koordinat: xpasti. Huhu. Jalan A19
Alhamdulillah. Selamat keluar dari hutan belantara. Time duk kat hutan belantara tadi, macam-macam rasa. So sesiapa yang ada niat nk ke Kelantan (Gua Musang) ikut jalan ni, kena fikir 10 kali. Apa-apa pun ni salah satu pengalaman yang tak dapat lupakan. Plan nak ke Cameron Highland cancelled. Sebab dah lewat. Haa, untuk makluman, minyak moto aku sempat untuk patah balik sampai ke Kuala Kangsar. Lbh kurang 210KM lebih dari mula-mula isi tadi. 

21 August 2018

The Banjaran Ride Pantai Timur (Banjaran Bintang, Titiwangsa, Pantai Timur & Tahan) 16, 17 & 18 Ogos 2018

Tarikh 16, 17 da 18 Ogos 2018 terjadinya suatu perjalanan merentas banjaran-banjaran di Semenanjung dari Pantai Barat Semenanjung ke Pantai Timur Semenanjung dan pulang semula ke Pantai Barat. Perjalanan merentasi Banjaran Bintang, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Pantai Timur &  Banjaran Tahan.


Laluan Banjaran Bintang bermula sekitar Baling hingga ke Grik melalui Jalan Persekutuan 4. Seterusnya Jalan Persekutuan 4 terus menyusur membelah gunung-ganang di Banjaran Titiwangsa hingga berakhir turun di Jeli. Banjaran Pantai Timur pula di redah dengan laluan Persekutuan 185 bermula dari Kuala Berang hingga ke Felda Aring, dan seterusnya melalui kaki Banjaran Tahan sebelum tiba di Bandar Gua Musang. Dari Gua Musang mula mendaki laluan Persekutuan 185 ke Banjaran Titiwangsa melalui Cameron Highlands sebelum turun semula ke Simpang Pulai.

Antara laluan penting utama merentasi banjaran-banjaran ini yang menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur adalah :
  1. Jalan Timur Barat 1 @ Jalan Persekutuan 4 (Kulim – Pasir Putih). Jalan ini merentas Banjaran Bintang & Banjaran Titiwangsa         
  2.  Jalan Timur Barat 2 @ Jalan Persekutuan 185 , terbahagi 2 segmen

i.                     Barat (Simpang Pulai – Gua Musang
ii.                   Timur (Sempadan Kelantan Terengganu – Kuala Jeneris Kuala Berang)

Banyak lagi nak cerita pasal Banjaran ni, tapi bole rujuksini untuk lagi info pasal banjaran kawasan hutan di Malaysia bagi yang minat pasal geografi Malaysia. Salah satu sebab aku suka ride, sebab suka nak tengok pasal benda ni, pasal muka bumi, petempatan-petempatan manusia, apa yang ada di sana, aliran sungai-sungai dari tanah tinggi ke dataran, kedudukan-kedudukan tempat dari map ke dunia sebenar dan macam-macam lagi. Bukan ride saja-saja. Sebab tu kalau minat macam ni tak perlu ride laju, layan-layan santai tengok sekeliling dan paling penting sentiasa buat marking di google map tempat-tempat yang menarik.

TRAVELOG

Ok cukup sikit pasal info, banyak gambar nak kongsi sepanjang perjalanan. Ride kali ini perjalanan tiga hari dua malam. kekuatan jentera dua buah motosikal berkuasa 150cc. Kos asas ride kali ni hanyalah RM235.80.

Kos
    • Minyak (ron95) : RM53.70
    • penginapan 2 malam : RM115 (RM230 2 orang)
    • makan : RM67.10
    • JUMLAH RM235.80

Route

Jarak keseluruhan perjalanan meliputi anggaran 1050km 

route keseluruhan
Video route pergi dan balik dari aplikasi Traverous :-


Hari 1 (16 Ogos 2018)

Disebabkan kerja malam, agak lewat ride. Jam 10.00 pagi mula bertolak.

Jalan Grik
Jerebu menutupi Gunung Kerunai Kenderung di Grik
Jambatan ke Pulau Banding, Tasik Temenggor, Royal Belum
5.544178, 101.335279
Jam 1.30 tengahari tiba di RNR Titiwangsa. Makan tengahari dan berehat ambil angin Banjaran Titiwangsa. 

RNR Titiwangsa
5.710511, 101.847562
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari RNR
5.710511, 101.847562
Jam 3:16 petang tiba di Jeli. Rehat sebentar di Petronas Jeli dan bergambar di Zero Kilometer Jeli. Destinasi utama menyusuri jalan pantai dari Bachok hingga ke Merang Terangganu.

Kilometer 0 Jeli
5.710511, 101.847562
Bagi orang ramai batu ni tiada apa-apa maksud, tapi bagi pencinta kembara membawa maksud seribu kepuasan.

Sungai Kelantan
5.775404, 102.151447
 Jam 6:00 petang tiba di Pantai Irama Bachok

Pantai Irama, Bachok
6.069111, 102.399763
6.069111, 102.399763
6.069111, 102.399763

Tak banyak pantai menarik sempat singgah sebab cuaca makin gelap. Dalam perjalanan sempat singgah di pasar malam Tok Bali, Agak besar pasar malam, banyak pakaian bundle. Konsepnya lebih seperti uptown sebab tak banyak jual barang makanan basah.

pasar malam Tok Bali
5.889857, 102.482617
Pintu gerbang sempadan negeri Terengganu
 5.840259, 102.533101
Jam 10:00 malam selamat tiba di EryaBySuriaMerang Merang , Terengganu


Hari 2 (17 Ogos 2018)

Hari kedua perancangan untuk menyusur laluan pantai menuju ke Kuala Terengganu. Penginapan yang dah ditempah melalui AGODA termasuk sekali sarapan pagi. Harga yang murah dapat kalau rajin survey.

lokasi Eyra by Suria Merang :  5.521696, 102.975894

Parking betul-betul depan lobi resort
Sarapan pagi di restoran resort
kolam renang
Pantai Merang
Jalan ke Kampung Mengabang Telipot
Pantai Mengabang Telipot
5.427346, 103.073871
Jambatan Sungai Terengganu
5.322686, 103.125646
Pemandangan Bandaraya Kuala Terennganu dari Bukit Panorama
5.321623, 103.137293
Bukit Panorama
 5.323498, 103.137286
Jam 2:00 petang terus check in di Sumai Hotel Apartment di Pantai Batu Burok.Lokasi Hotel strategik dan yang penting parking motosikal lebih terjamin. 

Sumai Hotel & Apartment
 5.329356, 103.149594

Pantai Batu Burok
5.322477, 103.155190
5.322477, 103.155190
5.322477, 103.155190

Chinatown, Kuala Terengganu
Stadium Tertutup Negeri Terengganu
Makan malam di Selera Emas Tomyam
5.309499, 103.144926

Hari 3 (18 Ogos 2018)

Hari terakhir jam 10 pagi sesudah sarapan di hotel, mula bergerak keluar dari KualaTerengganu. Singgah sebentar di Kampung Losong mencari sedikit keropok losong terengganu.

Kedai jualan keropok losong di Perkampungan Losong
Sempadan Daerah HuluTerengganu
Sebelum meredah laluan di Banjaran Pantai Timur, perlu isi minyak penuh dulu si pekan Kuala Berang. Jarak perjalanan seterusnya 150km tanpa stesen minyak (rupanya masih ada stesen terakhir 20km dari pekan Kuala Berang).

Singgah rehat sebentar di Kenyir Elephant Village
5.149973, 102.794827
suatu laluan sekitar Kenyir
5.181681, 102.793685
5.181681, 102.793685

5.190650, 102.688709
Suatu jambatan selekoh di Tasik Kenyir
 5.199151, 102.672943
Route 185
Koner Maut Kenyir
5.096345,102.614631
Sempat berhenti di koner maut Kenyir. Koner yang sangat bahaya. Banyak kemalangan berlaku di sini. Boleh tengok sisa bangkai kenderaan dalam gaung dibawah.

Sempadan Terengganu Kelantan
4.998795, 102.500358
Felda Aring
4.960537, 102.434952
Route 185 (Timur) berakhir di sempadan Kelantan sahaja dan kembali menjadi jalan Persekutuan Felda yang berkod. Tamat laluan felda kembali menyusur masuk ke Jalan Persekutan 8 menuju ke Gua Musang.

Jalan Persekutuan 8
Tiba di Bandar Gua Musang
4.878722, 101.969918
Permulaan laluan 185 Gua Musang-Simpang Pulai

Pemandangan gunung-ganang yang menjadi sempadan Kelantan dan Perak
4.716789, 101.606270

4.716789, 101.606270
4.716789, 101.606270

Setelah berliku menaiki jalan 185, tibalah di Lojing Kelantan. Lojing bersempadan dengan Daerah Cameron Highlands.

kelihatan ladang teres kebun sayuran di Lojing
Sempat melalui jambatankedua tertinggi di Malaysia

Jambatan Kedua Tertinggi
4.604959, 101.456434
4.604959, 101.456434
selamat tiba di daerah Cameron Highlands, Pahang
4.594905, 101.433005

menikmati 'sunset' di laluan 185 (Barat)
4.591027, 101.343726
4.591027, 101.343726
kesesakan di terowong menora
4.683372, 101.031897
Jam 11 lebih malam selamat tiba di rumah tercinta. Perjalanan lebih kurang 13 jam.

Sekian saja nukilan tak terpadat.

photo by GoProHero6,Huaweip9
edit by Snapseed

Nukilan oleh HS 08:00pm 21 Ogos 2018
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI