>

29 July 2015

Catatan Musafir : Pendakian Gunung Jerai, Julai 25 2015

Sabtu 25 Julai 2015, satu pendakian ke Puncak Jerai selamat kami bertiga selesaikan dengan jayanya.  Kali ni hiking hanya bertiga. Hiking kali ni naik melalui Tangga Kenari di Titi Hayun dan turun melalui jalan tar yang penghujungnya di Guar Chempedak. Oleh sebab jarak antara starting & ending point agak jauh, terpaksa kami guna dua buah kereta. Jam 9.30 pagi kami tiba di Guar Chempedak dan tinggalkan sebuah kereta di situ dan kemudian teruskan perjalanan 17km ke Titi Hayun untuk mula mendaki.

Lokasi permulaan dan penamat. 17km dengan kereta dari starting ke ending point (laluan biru). Laluan mendaki & turun berwarna merah.

Seperti kebiasaan, pendakian ke Jerai hanyalah ke puncak kedua Jerai yang ketinggiannya 986 meter dari paras laut. Puncak kedua menempatkan Jerai Regency Hill Resort. Manakala puncak pertama ketinggiannya 1200 meter dari paras laut pula menempatkan stesen pemancar telekomunikasi dan penyiaran tv & radio serta pos kawalan terntera. Penghujung puncak kedua adalah kawasan larangan. Di puncak kedua orang awam (kecuali staf stesen pemancar) hanya boleh sampai di Padang Tok Sheikh.

Permulaan Tangga Kenari

Jam 10.15 pagi kami mula pendakian melalui tangga kenari. Jumlah anak tangga dalam 1000 lebih. Hasil kiraan anggaran aku buat jika purata 1 anak tangga tinggi 10 cm maka untuk 1000 anak tangga bermakna kami dah panjat 100 meter untuk tangga saja. Bayangkan ketinggian 100 meter dah menyamai lebih kurang ketinggian separuh menara Komtar.



Sebenarnya permulaan hiking melalui anak tangga ni memang sedikit menguji fizikal & mental. Tapi alhamdulillah semuanya lancar. Kami berjaya habiskan lebih 100 meter ketinggian pendakian melalui anak tangga. Seterusnya trek hutan kami teruskan. Banyak kesan-kesan 'seqondoi' babi hutan kami jumpa. Trek Jerai melalui Titi Hayun ni sebenarnya amat 'clear'. Dari jauh dah nampak denai laluan. Hampir 2 jam perjalanan tiba-tiba hujan lebat turun. Kelam kabut berhenti nak simpan barang penting dalam plastik. Hujan tak boleh halang perjalanan. Kami teruskan perjalanan dalam hujan.

Selepas hujan lebat baru dapat keluarkan kamera untuk ambil gambar

laluan ke puncak


Paras ketinggian lebih kurang 800-900 meter, pokok yang tumbuh kategori kecil & rendah-rendah



4 jam meredah denai hutan, akhirnya kelihatan laluan Trek Jejak Warisan. Maka pendakian selamat tiba di puncak Jerai. 

Trek Jejak Warisan


Pemandangan puncak pertama (1200m)


Kami menyusuri Trek Jejak Warisan hingga ke permulaan trek bersebelahan dengan Telaga Tok Sheikh. Di laluan trek ini juga terdapat laluan menghala ke Air terjun Alor Naga. Mungkin sekali lagi nak rancang ke Jerai dengan moto untuk  ke Alor Naga. Dari telaga Tok Sheikh kami terus ke kawasan The Regency Jerai Hill Resort untuk menikmati pemandangan indah dari puncak kedua jerai (986m).

Dulu pernah sampai ke puncak pertama (1200m) dengan moto, tapi sampai depan pintu pos kawalan tentera saja sebab memang tak boleh masuk. Ikutkan kawasan larangan. 

Dari puncak, betapa indah dan kerdilnya terasa diri ini dengan alam ciptaan-Nya. Sungguh berkuasa Dia menciptakan alam nan luas ini. Subhanallah..

Pemandangan sawah padi dan laut

Pemandangan dari kawasan perkhemahan Sungai Teroi

Pemandangan dari puncak The Regency Jerai Hill Resort

Persekitaran The Regency Jerai Hill Resort

Sungai Teroi. Sempat mandi di sini sebelum teruskan perjalanan turun.

Puas di puncak, perjalanan turun bermula. Jalan tar di pilih untuk menuju ke kawasan perkhemahan Sungai Teroi. Di Sungai Teroi adanya kolam buatan dan sungai yang pasti menyegarkan mata dan badan yang penat mendaki. Kesempatan kami gunakan berendam di sungai demi menyegarkan badan. 

Jam 4.50 petang kami mulakan perjalanan turun melalui jalan tar. Jam 6.30 petang ekpedisi kami bertiga selamat sampai ke penamat. Alhamdulillah selesai pendakian ke Puncak Jerai. Misi seterusnya ke puncak Gunung Baling buat kali ketiga. 


Klik kalau nak baca pasal hiking yang lain>>>


Nukilan oleh HS 2.12 am 29/07/15
Foto : HS
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS

04 July 2015

Apa yang perlu ada untuk bina sebuah 'custom pc'?

Apa tu 'custom pc' ? Macam mana nak buat?

Sumber-Google

Custom pc sebenarnya adalah pc biasa tetapi dipasang hardware-hardware berdasarkan kehendak sendiri. Bermakna kita pilih sendiri hardware spec apa yang kita nak. Custom pc terkenal dalam kalangan puak-puak gamers & kaki-kaki editing.

Untuk membuat sesebuah custom pc, ada beberapa hardware penting yang wajib ada untuk melengkapkan satu sistem pc. Untuk yang tahu pasang sendiri takda masalah, dan bagi yang tak pandai pasang jangan risau sebab sekarang banyak kedai yang sediakan servis untuk buat custom pc dan akan dicaj sikit untuk upah pasang.


1.  Motherboard

Sumber-Pc Depot
Motherboard adalah satu set papan litar untuk menghubungkan kesemua hardware. Ada banyak slot-slot di motherboard. Nak beli motherbord pastikan nombor soketnya sama dengan processor. Contohnya soket Intel 1150 hanya boleh dipasang bersama processor intel LGA 1150. Soket pada motherboard sudah di bina ikut jenis processor.


2. Processor
Sumber-Google
Processor ibarat suatu otak yang akan memproses segala data. Processor yang agak familiar adalah Intel & Amd. Untuk beli processor pastikan nombor soket sama dengan motherboard, Bila beli processor akan disertakan dengan fan beserta heatsink (untuk serap haba dan sejukkan processor). Tapi kalau nk pakai fan yang lebih power pun boleh ataupun nk pakai sistem liquid cooler. Untuk pasang fan & heatsink pada processor perlu letak sikit thermalpaste supaya haba dari cip processor dapat dipindahkan ke heatsink.


3. RAM
Sumber-Google
RAM adalah singkatan kepada random access memory. Dalam bahasa Melayunya Ingatan capaian rawak (pelik pulak dengar). Ram berfungsi sebagai tempat simpan data sementara yang akan hilang datanya bila pc ditutup. Data yang disimpan adalah maklumat-maklumat sementara yang digunakan oleh aplikasi dalam komputer. Pastikan beli Ram ikut slot yang ada pada motherboard.


4. Hard Drive / Solid State Drive
Sumber-Google
Hard Drive dan Solid State Drive berfungsi sebagai tempat menyimpan data untuk sesebuah pc. Data yang paling penting adalah data sistem operasi (os). Kini kemunculan Solid State Drive (SSD) telah mengambil alih fungsi Hard Drive (HD). Bagi penggemar tegar pc SSD masih lagi dipasang bersama HD kerana SSD digunakan hanya untuk data os dan data-data aplikasi manakala HD dijadikan tempat simpan data lain seperti audio, video, gambar & macam-macam lagi. SSD semakin popular kerana ia tak mempunyai disk secara fizikal seperti HD. Risiko kerosakannya kurang dan sistem os serta aplikasi-aplikasi dalam pc terjamin selamat.


5. Power Supply
Sumber-Google
Power supply adalah pembekal kuasa kepada hardware-hardware dalam pc. Dari power cord, elektrik akan masuk ke power supply dahulu dan dari power supply barulah ke hard-hardware dalam pc tu. Nak beli power suppy kena tengok juga spec hardware dalam pc. kalau pc dipasang dengan hardware tinggi spec kena pakai yang tinggi kuasa (Watt). 


Mesti ada tertanya-tanya mana graphic card? Sebenarnya kelima-lima hardware diatas tu adalah hardware basic & WAJIB yang kena ada untuk sesebuah pc berfungsi. Kalau kurang satu maka tak dapat la sistem pc tu berfungsi


6. Graphic card
Sumber-Google
Bagi pc sekarang graphic card jadi benda penting untuk kualiti grafik yang lebih baik. Bagi gamers dan kaki editing memang benda wajib sebab memerlukan grafik yang terbaik. Macam-macam spec graphic card wujud sekarang bergantung pada kualiti grafik yang kita nak dan juga bajet. Bila pasang graphic card maka port VGA (port lubang pin warna biru) asal pada motherboard tak perlu guna lagi. Sambung monitor pada port VGA dari graphic card.


7. Chassis
Sumber-Google
Chassis adalah perumah bagi set-set hardware untuk sistem pc. Ada sesetengah chassis sudah disertakan dengan power supply dan juga cpu fan. Tapi untuk spec yang terbaik, pilih chassis tanpa power supply dan pasang power supply ikut spec yang lebih baik. Untuk chassis tanpa cpu fan, bole pilih fan ikut spec yang dikehendaki. Cpu fan berfungsi untuk menyejukkan bahagian dalam chassis daripada haba yang dihasilkan oleh hardware-hardware.


8. DVD Writer
Sumber-Google
DVD Writer adalah pemacu untuk DVD. Ia juga diguna untuk menulis data ataupun disebut sebagai burn data, pada CD-R ataupun DVD-R. Bagi yang inginkan BlueRay boleh memasang BlueRay writer.


Dah cukup semua ni maka siaplah sesebuah custom pc yang boleh dibuat ikut kehendak sendiri. Bagi yang mahukan custom pc yang ada akses Wifi, boleh pasangkan Wlan adapter sama ada adapter usb ataupun PCI adapter (pasang terus pada motherboard)

Untuk custom pc, pc adalah freeDos iaitu tak mempunyai sistem OS. Kena suruh kedai format ataupun kalau ada installer OS boleh install sendiri. Tapi sesetengah kedai hanya akan install perisian OS asli. Untuk OS original boleh dapat dengan harga serendah 300 lebih. Nak disarankan kalau pasang spec tinggi pasanglah OS yang sepadan dengannya.

Custom pc sendri

Custom pc sendiri. Buat di PC Depot.

Sekarang dah banyak kedai boleh buat custom pc. Sesetengah kedai dah sediakan list harga hardware-hardware dan senang untuk buat bajet kos keseluruhan. Dari spec basic hinggalah spec paling baik, semua boleh dapat ikut bajet sendiri.

Ni link salah satu kedai yang buat custom pc.
Boleh tgk list senarai hardware-hardware dan aksesori lain untuk pc.


Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI