>

16 February 2014

Hiking Penang Hill @ Bukit Bendera

Ekspedisi mendaki Bukit Bendera 5 Februari 2014. Mendaki ke Flagstaff Hill pada ketinggian 735 meter dari aras laut. 

Bagaimana Bukit Bendera mendapat nama?
Untuk pengetahuan semua nama Bukit Bendera diambil daripada nama salah puncak di kawasan pergunungan Pulau Pinang (Matsaleh mai letak nama bukit,tapi sebenarrnya status Bukit Bendera dah boleh dikira sebagai status gunung atas faktor ketinggian.). Nama bagi keseluruhan kawasan bukit ini adalah Penang Hill (Bukit Pulau Pinang). Namun penjajah Barat telah menamakan puncak-puncaknya dengan banyak nama. Antaranya Flagstaff Hill, Tiger Hill, Western Hill, Government Hill & lain-lain lagi. Puncak tertinggi adalah Western Hill iaitu 833 meter dari aras laut. Kawasan puncak yang menjadi lokasi pelancongan utama adalah Flagstaff Hill.

Pendakian bermula dari Moongate di Jalan Kebun Bunga. Sebenarnya ada banyak trail hiking Bukit Bendera. Trail Moongate ni akan melalui beberapa perhentian. Trail Moongate ni akan bertemu dengan jalan kereta dekat kafe 84 (dah tutup sbb tanah runtuh). Dekat situ ada pilihan sama ada mendaki ikut jalan kereta atau ikut jalan simen (Moniot Road St.) 

Laluan mendaki yang luas




Perhentian pertama. Ada pondok dan kawasan rehat.


Pemandangan Bandar Farlim

Pokok ni dekat-dekat dengan banglo usang yang ditinggalkan. Memang gerun rumah tu.

Anti Graviti

Mendaki melalui Moongate ada satu yang menarik, naik ke satu puncak bukit dan turun semula menuju ke Bukit Bendera. Naik turun naik~~


Laluan kereta. Namun hanya jip yang boleh lalu sebab aras kecerunan jalan ni memang sangat mencabar.. 



Banglo kolonial di lereng bukit. Best dapat dok sini. Angin bukit sejuk,dapat tengok  view cantik.


Puncak Flagstaff Hill

Kelihatan Jambatan Pulau Pinang


Sebenarnya bila hiking ni akan ada satu kepuasan. Kalau naik guna train macam takda feel sangat. Kawasan hutan kat Penang sebenarnya ada banyak trail-trail hutan untuk trekking. Boleh kata seluruh kawasan hutan boleh masuk. Tahun lepas dah berjaya masuk betul-betul tengah-tengah hutan Penang. Bak kata orang putih The Heart of Penang

THE HEART OF PENANG

Video ekspedisi Bukit Bendera


08 February 2014

LANGKAWI 17-19 JANUARI 2014

Percutian keluarga ke Langkawi pada 17 hingga 19 Januari lepas. Pukul 7 lebih baru bertolak dari rumah. Sampai dekat Jeti Kuala Kedah dalam pukul 9pg. Tiket "paling awal" pukul 12.30. Terpaksala tunggu berjam-jam kat jeti tu. Antara tempat-tempat yang sempat jalan-jalan, Dataran Helang, Pekan Kuah, Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Cable Car, Kompleks HIG, Telaga Air Hangat, Galeri Perdana Tun Mahathir,Tanjung Rhu, Pantai Pasir Hitam, & kilang gamat Nusantara. Penginapan kami sebuah homestay di Pekan Kuah (dekat2 pasar besar Kuah).


Terpaksa tunggu dua jam dekat jeti Kuala Kedah. Feri jam 12.30pm.

Makan tengahari dalam pukul 5 petang dekat tepi laut

Makan tengahari dalam pukul 5 petang dekat tepi laut

Makan tengahari dalam pukul 5 petang dekat tepi laut

Makan tengahari dalam pukul 5 petang dekat tepi laut

Amik gambaq dekat Dataran Lang




Ni dekat Taman Lagenda sebelah Dataran Lang


Amik gambaq dekat rumah dalam kawasan beras terbakar. 


Makam Mahsuri

Kampung Kedah dalam kawasan Makam Mahsuri

Nindia bot amfibia.

Thank You Tun.

Perjalanan naik ke puncak Gunung Mat Cincang


Pemandangan stesen tengah cable car.






Ni dekat telaga air hangat.

air hangat 

Kenangan di Galeria Perdana. Dekat sini menempatkan koleksi2 hadiah yg diterima Tun Mahathir & isteri sewaktu jadi PM.


Pantai Tanjung Rhu. Tempat matsaleh berjemuq

Pantai Pasir Hitam. Dah tak banyak pasir hitam ada. Terhakis dengan air laut.

Replika botol gamat Nusantara dekat kilang & gerai gamat Nusantara.

Bertolak balik pukul 4petang. Feri pukul 4. Dalam 5.30 sampai Kuala Kedah.
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI