>

22 February 2013

KESALAHAN DALAM FILEM : WAWA SEMPUT

2013 mempersembahkan sebuah lagi sikuel dari Adnan Sempit. Kali ini watak Wawa dan Bobby diangkat sebagai watak utama. Filem ini menceritakan bagaimana Bobby terpaksa bersaing dengan Abang Ismat dalam mendapatkan cinta Wawa. Setelah menonton dua tiga kali dapat spot mistake2 kecil dari filem ni.. Mistake2 ni memang kita takkan sedar kalau tengok sekali lalu saja.. Jom tengok apa yg silap~~

Syot mula menunjukkan botol sos sudah terbalik. Syot seterusnya bila tukar angle tiba-tiba kelihatan botol sos berdiri semula.
Syot mula kelihatan jarak belakang Wawa dengan tebing adalah jauh. Tukar syot kelihatan jarak jadi dekat dengan tebing.
Syot mula rambut Ayuni berada di depan. Tapi tukar saja syot rambut Ayuni berada di belakang.
Syot mula kelihatan Ismat baru jatuh ke dalam lumpur dan visor helmet baru kotor dengan lumpur yang basah. Tapi selepas seketikata bila tukar syot kelihatan lumpur kat visor dah kering.. (cepat betul kan kering..tak logik..haha)
Pada syot kedua kelihatan ada sejambak bunga mawar di tepi pangkin padahal bunga mawar tu tiada pada syot sebelumnya.
Kedudukan daun bunga mawar yang berubah-rubah kedudukan bila tukar syot.
Syot mula menunjukkan belakang perempuan baju biru tiada sesiapan pun. Tapi tukar syot kelihatan lelaki berbaju merah rapat sekali di belakang perempuan berbaju biru.
Kedudukan watak lain di belakang Wawa berubah dengan mengejut selepas tukar syot.

Setakat tu sajalah kesalahan yang dapat spot.. Ini cuma suka2 saja.. Pasni suggest la movie apa nak suruh kbk spot kesalahan..  Peace >_<

11 February 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Pada tahun 13 Ogos 1985 Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah merasmikan Jambatan Pulau Pinang dan pada 14 September ia dibuka secara rasminya kepada awam. Jambatan Pulau Pinang menghubungkan Perai di tanah besar dengan Gelugor di pulau. Pada tahun 2008 Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan menjadi 6 lorong. Jambatan Pulau Pinang merupakan antara jambatan cable-stayed terawal di Asia Tenggara. Kalau nak tau apa tu cable-stayed bridge klik sini  . Namun jalan masih lagi sesak. Pada November 2006 penanaman ceruruk besi untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dimulakan dan pembinaan bermula pada 2008. Projek ini ditanggu 9 bulan bermula April 2008. Kini projek Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah hampir siap 80%. Jambatan Kedua Pulau Pinang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di sebelah pulau.

Ni fakta ringkas pasal perbezaan jambatan yang lama dan yang baru


Yang ni peta lokasi jambatan dan kedudukan plaza tol. Untuk pengetahuan satu persimpangan susur keluar baru (Batu Kawan) akan dibuat dari Hiway Plus. Pastu jalan ni akan terus ke persimpangan dengan jalan biasa dan terus ke plaza tol jambatan. Sebab ada dua plaza tol sebab Hiway Plus adalah sistem tol tertutup manakala Jambatan Kedua adalah sistem tol terbuka.. Kalau nak tau pasal sistem tol ni klik sini  .


Kat bawah ni gambar-gambar pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang. Sekarang dah 80% progress.. Bila dah siap nanti jambatan ni dapat kurangkan kesesakan kat jambatan yang dok ada.. 
kabel yang berfungsi memegang dek2 jambatan di navigation span (ruang untuk kapal lalu kat bawah)

bahagian tepi jambatan

pekerja di atas dek box girder

berat dek ditampung oleh kekuatan kabel.

Jambatan kedua menggunakan  box girder. Berbeza dengan  jambatan lama yang menggunakan  beam girder.

hujung box girder yang disokong oleh tiang.

Binaan menara dilindungi dengan besi. Jambatan lama dilindungi dengan pulau buatan.

Menara bagi menyokong navagation span.

kekuatan kabel amat kuat bagi menampung berat dek jambatan.

lakaran jambatan yang telah siap

Jambatan Kedua Pulau Pinang menyediakan lorong khas untuk pengguna motosikal

Hujung dek yang masih belum bercantum.

pemandangan jambatan dari jauh

Pagar konkrit yang memerlukan sokongan sebelum benar-benar kukuh.
Rakyat Pulau Pinang sememangnya sudah tidak sabar untuk menunggu siapnya sebuah lagi megastructure terhebat di Asia Tenggara. Selepas ni ada perancangan untuk membina terowong dasar laut dari Bagan Ajam ke Gurney dan sistem monorail yang merentasi Jambatan Pulau Pinang. 


klik kat imej untuk besarkan

Apa yg ditulis bukan copypaste, yg cpypaste hanyalah sesetengah gambar. Credit to JKSD . Sekian Sahaja dari KbK.. peace >_<

05 February 2013

Salasilah Para Rasul dan Nabi

Ni hasil yang saya rangka dari bacaan saya daripada buku kisah nabi dan bahan-bahan rujukan lain. Bertarikh 30 Mac 2009, saya buat sendiri salasilah ni berpandu bahan-bahan rujukan. Kalau nak faham lebih lanjut boleh baca buku Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain dan buku Kisah-Kisah Para Nabi dan Rasul terbitan Al-Hidayah. -Hasifi Sani


2013 | Hasifi Sani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI