>

16 February 2014

Hiking Penang Hill @ Bukit Bendera

Ekspedisi mendaki Bukit Bendera 5 Februari 2014. Mendaki ke Flagstaff Hill pada ketinggian 735 meter dari aras laut. 

Bagaimana Bukit Bendera mendapat nama?
Untuk pengetahuan semua nama Bukit Bendera diambil daripada nama salah puncak di kawasan pergunungan Pulau Pinang (Matsaleh mai letak nama bukit,tapi sebenarrnya status Bukit Bendera dah boleh dikira sebagai status gunung atas faktor ketinggian.). Nama bagi keseluruhan kawasan bukit ini adalah Penang Hill (Bukit Pulau Pinang). Namun penjajah Barat telah menamakan puncak-puncaknya dengan banyak nama. Antaranya Flagstaff Hill, Tiger Hill, Western Hill, Government Hill & lain-lain lagi. Puncak tertinggi adalah Western Hill iaitu 833 meter dari aras laut. Kawasan puncak yang menjadi lokasi pelancongan utama adalah Flagstaff Hill.

Pendakian bermula dari Moongate di Jalan Kebun Bunga. Sebenarnya ada banyak trail hiking Bukit Bendera. Trail Moongate ni akan melalui beberapa perhentian. Trail Moongate ni akan bertemu dengan jalan kereta dekat kafe 84 (dah tutup sbb tanah runtuh). Dekat situ ada pilihan sama ada mendaki ikut jalan kereta atau ikut jalan simen (Moniot Road St.) 

Laluan mendaki yang luas




Perhentian pertama. Ada pondok dan kawasan rehat.


Pemandangan Bandar Farlim

Pokok ni dekat-dekat dengan banglo usang yang ditinggalkan. Memang gerun rumah tu.

Anti Graviti

Mendaki melalui Moongate ada satu yang menarik, naik ke satu puncak bukit dan turun semula menuju ke Bukit Bendera. Naik turun naik~~


Laluan kereta. Namun hanya jip yang boleh lalu sebab aras kecerunan jalan ni memang sangat mencabar.. 



Banglo kolonial di lereng bukit. Best dapat dok sini. Angin bukit sejuk,dapat tengok  view cantik.


Puncak Flagstaff Hill

Kelihatan Jambatan Pulau Pinang


Sebenarnya bila hiking ni akan ada satu kepuasan. Kalau naik guna train macam takda feel sangat. Kawasan hutan kat Penang sebenarnya ada banyak trail-trail hutan untuk trekking. Boleh kata seluruh kawasan hutan boleh masuk. Tahun lepas dah berjaya masuk betul-betul tengah-tengah hutan Penang. Bak kata orang putih The Heart of Penang

THE HEART OF PENANG

Video ekspedisi Bukit Bendera


08 February 2014

LANGKAWI 17-19 JANUARI 2014

Percutian keluarga ke Langkawi pada 17 hingga 19 Januari lepas. Pukul 7 lebih baru bertolak dari rumah. Sampai dekat Jeti Kuala Kedah dalam pukul 9pg. Tiket "paling awal" pukul 12.30. Terpaksala tunggu berjam-jam kat jeti tu. Antara tempat-tempat yang sempat jalan-jalan, Dataran Helang, Pekan Kuah, Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Cable Car, Kompleks HIG, Telaga Air Hangat, Galeri Perdana Tun Mahathir,Tanjung Rhu, Pantai Pasir Hitam, & kilang gamat Nusantara. Penginapan kami sebuah homestay di Pekan Kuah (dekat2 pasar besar Kuah).


Terpaksa tunggu dua jam dekat jeti Kuala Kedah. Feri jam 12.30pm.

Makan tengahari dalam pukul 5 petang dekat tepi laut

Makan tengahari dalam pukul 5 petang dekat tepi laut

Makan tengahari dalam pukul 5 petang dekat tepi laut

Makan tengahari dalam pukul 5 petang dekat tepi laut

Amik gambaq dekat Dataran Lang




Ni dekat Taman Lagenda sebelah Dataran Lang


Amik gambaq dekat rumah dalam kawasan beras terbakar. 


Makam Mahsuri

Kampung Kedah dalam kawasan Makam Mahsuri

Nindia bot amfibia.

Thank You Tun.

Perjalanan naik ke puncak Gunung Mat Cincang


Pemandangan stesen tengah cable car.






Ni dekat telaga air hangat.

air hangat 

Kenangan di Galeria Perdana. Dekat sini menempatkan koleksi2 hadiah yg diterima Tun Mahathir & isteri sewaktu jadi PM.


Pantai Tanjung Rhu. Tempat matsaleh berjemuq

Pantai Pasir Hitam. Dah tak banyak pasir hitam ada. Terhakis dengan air laut.

Replika botol gamat Nusantara dekat kilang & gerai gamat Nusantara.

Bertolak balik pukul 4petang. Feri pukul 4. Dalam 5.30 sampai Kuala Kedah.
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

09 January 2014

HISTORY : BATU TERAT ; SENASKAH SEJARAH SEBERANG PERAI YANG DILUPAI

Mungkin ramai daripada yang tidak pernah tahu apa itu Batu Terat. Batu ini mempunya sejarah yang besar antara Kedah dan Pulau Pinang. Batu Terat sebenarnya adalah batu sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah. Batu ini berada di tiga lokasi di Seberang Perai. 


Batu Terat yang pertama sekali dibina berada di Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Dahulunya batu ini menjadi batu sempadan antara British dan Siam. Ikuti kisah yang dipetik dari laman Pinang Tunggal Revisit .

Batu Sempadan
Sewaktu Sultan Kedah menyerahkan Pulau Pinang pada 1786, Seberang Perai masih lagi berada di bawah Kesultanan Kedah. Tujuan utama penyerahan Pulau Pinang adalah supaya pihak Syarikat Hindia Timur British melindungi Kedah daripada serangan kerajaan Siam dan juga Burma.Walaubagaimana pun apabila Kedah diserang oleh Siam pada 1821, Sultan Kedah berasa amat kecewa kerana pihak British langsung tidak membantu.Baginda telah melakukan sekatan kepada Pulau Pinang di samping mengarahkan serangan kepada kedudukan British di Pulau Pinang melalui muara Sungai Perai.Walaubagaimana pun serangan demi serangan yang dijalankan gagal menewaskan pihak British dan surat arahan serangan itu akhirnya jatuh ke tangan British.Sultan Dhiauddin Mukarram Shah akhirnya terpaksa menyerahkan Seberang Perai yang dinamakan dengan nama Province Welleslay iaitu sempena nama Gabenor Inggeris. Pada mulanya seberang perai hanyalah jaluran tanah bertentangan Pulau Pinang dari Kuala Sungai Muda hingga Kuala Sungai Kerian. Walaubagaimana pun selepas perjanjian Inggeris Siam pada 1831, tanah yang menjadi milik british telah bertambah.Sewaktu inilah Batu Terat ini didirikan.

Batu Terat ini terletak di Kampung Bukit Semetol Pinang Tunggal dan menjadi batu tanda sempadan antara Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sempena pembinaan batu sempadan tersebut salah sebuah kampung di sebelah Kedah telah dinamakan sebagai Kampung Terat Batu. Dahulu kedudukan Batu Terat ini agak jauh di tengah bendang tetapi kerja kerja penambakan tebing penebat banjir telah menyebabkan Batu Terat ini berada betul betul di tepi tebing Sungai Muda.  Walaupun Pulau Pinang dan Seberang Perai asalnya adalah tanah milik kedah tetapi di inskripsi batu terat tertulis dengan gah perkataan "British & Siamese Boundry". Perkataan Kedah langsung tidak disebut sekaligus menidakkan kekuasaan Kedah sebagai pemilik asal sebaliknya Siam pula disebut sebagai pemilik tanah ini. 


  
Batu Terat Pinang Tunggal yang telah dipulihara dengan baik

Catatan Dalam Sebuah Buku Sejarah Berkenaan Kedudukan Batu Sempadan




Ironisnya Bukit Tunggal yang mempunyai nama seakan Pinang Tunggal telah menjadi tempat untuk pihak British meletakkan Batu Tanda Sempadan berinskripsi terakhir. Pada waktu itu sempadan Seberang Perai atau Province Wellesley adalah menggunakan Sungai Muda dan juga Sungai Krian sahaja dan melibatkan negeri Kedah yang terletak di bawah naungan kerajaan Siam. Walaubagaimana pun sekiranya dilihat sempadan Seberang Perai sekarang terdapat satu jaluran tanah diseberang Sungai Krian yang menjadi sebahagian Seberang Perai.Sebenarnya tanah ini telah diberikan oleh Kesultanan Perak selepas perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Kawasan itu kini lebih dikenali sebagai Transkrian. 

Batu Terat terakhir ini gagal ditemui kerana Bukit Tunggal sudah tidak lagi wujud dalam peta terbaharu Pulau Pinang. Walaubagaimana pun pada peta pada tahun 1996 nama Bukit Tunggal masih wujud.


SUMBER  : 


19 December 2013

2014 Best Epic Movie

Buat penggemar filem-filem epik , pasti anda tertunggu-tunggu filem-filem epik 2014. Ini antara filem-filem epik yang akan keluar 2014 nanti. Salah satu yang menarik adalah filem Noah dan Pompeii. Noah adalah kisah Nabi Nuh yang difilemkan berdasarkan kepercayaan Kristian dan ditokok tambah idea-idea penulis skrip. Pompeii pula mengisahkan kisahc letusan Gunung Berapi Vesuvius yang kerap kita dengar dalam sejarah dunia. Sama-sama kita nantikan filem-filem ini. 


25 November 2013

kopipes??

Assalamualaikum..Salam sejahtera...Cheezee,peace all... Lama sudah tak update sini.. Sejak masuk semester 5 ni sibuk skit.. Asignment,thesis,projek, & macam-macam lagi laa.. Faham-faham la final year degree..

opss...gambar ni takda kaitan apa-apa..

Baru-baru my adek gegurl punya blog dah diciplak.. Apa keS???? APA YANG DICIPLAK??


Zaman la (sekarang) cukup senang nak ciplak-ciplak.. Semua boleh kopipes.. Mudah kan.. Tapi kalau yang di kopipes tu fakta atau info ; tak salah, cuma perlu mintak izin tuan punya blog atau letak link sumber dia.. TAPI...yang jadi kat my adek punya blog TROUBLEMAKER , penCIPLAK ni ciplak post-post bersifat personal.. Ada jugak kan spesis macam ni.. Parah..parah..parah..

Post-post personal pun nak ciplak.. Kopipes pastu tukar nama, tempat.. Agak-agak kot nak buat benda camni..Tak beretika namanya insan ini. Mencuri hasil pemikiran dan pengalaman orang lain untuk bahan mencari publisiti. 

ni my adek punya blog http://cherieteralala.blogspot.com/
Jadi pasni tak perlu kita kopipes entry personal sebab ni benda yang depa tulis adalah pengalaman depa. So apa perlu kita ciplak penulisan pasal pengalaman orang lain lepas tu kita cakap tu pengalaman kita. Kena ada etika la. Hormat orang lain, In Sya Allah orang hormat kita balik. Akhir kalam be ourself.. Learn from our own mistake for our own future- Assalamualaikum wbt.



hasifi sani | 12:20pm | 25 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI