Mungkin ramai daripada yang tidak pernah tahu apa itu Batu Terat. Batu ini mempunya sejarah yang besar antara Kedah dan Pulau Pinang. Batu Terat sebenarnya adalah batu sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah. Batu ini berada di tiga lokasi di Seberang Perai.
Batu Terat yang pertama sekali dibina berada di Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Dahulunya batu ini menjadi batu sempadan antara British dan Siam. Ikuti kisah yang dipetik dari laman Pinang Tunggal Revisit .
Batu Sempadan
Sewaktu Sultan Kedah menyerahkan Pulau Pinang pada 1786, Seberang Perai masih lagi berada di bawah Kesultanan Kedah. Tujuan utama penyerahan Pulau Pinang adalah supaya pihak Syarikat Hindia Timur British melindungi Kedah daripada serangan kerajaan Siam dan juga Burma.Walaubagaimana pun apabila Kedah diserang oleh Siam pada 1821, Sultan Kedah berasa amat kecewa kerana pihak British langsung tidak membantu.Baginda telah melakukan sekatan kepada Pulau Pinang di samping mengarahkan serangan kepada kedudukan British di Pulau Pinang melalui muara Sungai Perai.Walaubagaimana pun serangan demi serangan yang dijalankan gagal menewaskan pihak British dan surat arahan serangan itu akhirnya jatuh ke tangan British.Sultan Dhiauddin Mukarram Shah akhirnya terpaksa menyerahkan Seberang Perai yang dinamakan dengan nama Province Welleslay iaitu sempena nama Gabenor Inggeris. Pada mulanya seberang perai hanyalah jaluran tanah bertentangan Pulau Pinang dari Kuala Sungai Muda hingga Kuala Sungai Kerian. Walaubagaimana pun selepas perjanjian Inggeris Siam pada 1831, tanah yang menjadi milik british telah bertambah.Sewaktu inilah Batu Terat ini didirikan.
Batu Terat ini terletak di Kampung Bukit Semetol Pinang Tunggal dan menjadi batu tanda sempadan antara Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sempena pembinaan batu sempadan tersebut salah sebuah kampung di sebelah Kedah telah dinamakan sebagai Kampung Terat Batu. Dahulu kedudukan Batu Terat ini agak jauh di tengah bendang tetapi kerja kerja penambakan tebing penebat banjir telah menyebabkan Batu Terat ini berada betul betul di tepi tebing Sungai Muda. Walaupun Pulau Pinang dan Seberang Perai asalnya adalah tanah milik kedah tetapi di inskripsi batu terat tertulis dengan gah perkataan "British & Siamese Boundry". Perkataan Kedah langsung tidak disebut sekaligus menidakkan kekuasaan Kedah sebagai pemilik asal sebaliknya Siam pula disebut sebagai pemilik tanah ini.

Catatan Dalam Sebuah Buku Sejarah Berkenaan Kedudukan Batu Sempadan
Ironisnya Bukit Tunggal yang mempunyai
nama seakan Pinang Tunggal telah menjadi tempat untuk pihak British
meletakkan Batu Tanda Sempadan berinskripsi terakhir. Pada waktu itu
sempadan Seberang Perai atau Province Wellesley adalah menggunakan
Sungai Muda dan juga Sungai Krian sahaja dan melibatkan negeri Kedah
yang terletak di bawah naungan kerajaan Siam. Walaubagaimana pun
sekiranya dilihat sempadan Seberang Perai sekarang terdapat satu jaluran
tanah diseberang Sungai Krian yang menjadi sebahagian Seberang
Perai.Sebenarnya tanah ini telah diberikan oleh Kesultanan Perak selepas
perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Kawasan
itu kini lebih dikenali sebagai Transkrian.
Batu Terat terakhir ini gagal ditemui kerana Bukit Tunggal
sudah tidak lagi wujud dalam peta terbaharu Pulau Pinang. Walaubagaimana
pun pada peta pada tahun 1996 nama Bukit Tunggal
masih wujud.
SUMBER :
No comments:
Post a Comment