>

22 October 2014

TAMAN NEGARA PULAU PINANG : EPISODE 2 (MUKA HEAD LIGHTHOUSE)

Episode 1 sebelum ni dah menjelajah ke Monkey Beach ataupun Pantai Teluk Duyung. Untuk yang belum tengok post episode 1 ni bole tengok sini. Dalam penjelejahan siri kedua ni pulak, membawa suatu penjelajahan merentas hutan dan mendaki ke rumah api Muka Head. 

Rumah Api Muka Head berada 5.1 kilometer daripada pintu masuk Taman negara Pulau Pinang. Ia berada pada ketinggian 230 meter dari aras laut. Ketinggian binaan rumah api ini pula 14 meter. Rumah api ini dibina pada tahun 1883 menggunakan batuan granit. Bayangkan macam mana batu-batu granit ni di usung naik keatas bukit. Kalau sendiri nak tau cuba-cuba la rasa sendiri pengalaman ke sini.

PANDUAN PENDAKI
Untuk ke Taman Negara hanya perlu terus ikut signboard ke Teluk Bahang. Sampai di roundabout mini Teluk Bahang ambik pukul 12 (terus) dan terus hingga sampai betul2 hadapan pintu Taman Negara. 
(klik imej untuk imej penuh)


kedudukan pintu masuk Taman Negara, Monkey Beach, dan Rumah api
Untuk ke Rumah Api Muka Head, hanya perlu melalui laluan Pasir Pandak, USM Cemacs, Monkey Beach, dan kemudian mendaki ke puncak bukit. Laluan dari pintu masuk hingga ke Monkey Beach adalah laluan trek simen dan trek semulajadi yang gradientnya naik turun naik turun bukit (ketinggian yang rendah). Boleh ikuti episod 1 untuk lihat trek laluan ke Monkey Beach. 

Papan tanda arah ke Rumah api

Pemandangan Laut Selat Melaka

USM Cemacs

Jeti USM Cemacs

Monkey Beach @ Teluk Duyung
Monkey Beach menjadi tarikan orang ramai berkelah dan mandi manda. Kawasan pantai ini adalah satu-satu tanah persendirian yang berada di tengah-tengah Taman Negara. Untuk meneruskan perjalanan ke rumah api, perlu menyusuri hingga ke hujung pantai pantai. Di hujung pantai terdapat papan tanda rumah api dan laluan mendaki ke rumah api.

Papan tanda Rumah Api Muka Head

Laluan mendaki

Laluan mendaki

Rumah Api Muka Head kini berada di bawah Jabatan Laut

Ketinggian menara 14 meter

Pintu masuk ke rumah api

Pemandangan dari dalam rumah api

Lampu rumah api yang mampu mencapat jarak penglihatan sejauh 25 batu nautika

Pemandangan Batu Feringghi dari Rumah Api Muka Head



Tempoh perjalanan bergantung kepada perjalanan. Jika perjalanan tanpa henti mungkin hanya mengambil masa sekitar 1 jam 45 minit ke 2 jam. Perjalanan yang ideal adalah selama 3 jam di mana sambil menjelajah hutan dapat menikmati keindahan alam semulajadi dan keindahan pantai. 

Ikuti penjelajahan-penjelajahan seterusnya yang akan akan terus dirakam sang shutter dan diungkapkan bait-bait ayat dengan akal kurniaan Sang pencipta. Bumi Allah ini luas. Nikmatilah kebesaran-Nya.

Nukilan oleh HS 12:34am 22/10/14
Foto : HS


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI