>

09 December 2014

EKSPEDISI BUKIT LAKSAMANA PULAU PINANG

Entry-entry sebelum ni banyak membawa ke pendakian dan penjelajahan menarik. Antaranyanya pendakian ke rumah Api Mukahead di Taman Negara Pulau Pinang, pendakian ke Bukit Bendera, dan pendakian ke Gunung Baling Kedah. Bagi yang belum baca bole klik link dekat bawah sekali dalam entry ni.



Entry kali ni membawa pengembaraan pendakian ke Bukit Laksamana Pulau Pinang. Bukit Laksamana terletak berdekatan dengan Teluk Bahang dan juga bersebelahan dengan jalan ke Sungai Pinang Balik Pulau. Bukit Laksamana merupakan puncak kedua tertinggi di Pulau Pinang. Ketinggian tertingginya adalah 805 meter dari aras laut. Puncak pertama tertinggi adalah Western Hill (833m). 

Kenapa ia lebih sesuai di panggil puncak???

Kawasan bukit-bukau di kawasan pulau di Pulau Pinang menganjur dari utara pulau hingga ke selatan pulau. Kawasan bukit ini berada di tengah-tengah pulau yang mana ia memisahkan tanah dataran di timur dan barat pulau. Kawasan bukit ini bersambung-sambung dan mempunyai banyak puncak yang berbeza ketinggiannya. Puncak-puncak ini kebanyakaannya ditandakan dengan nama-nama tersendiri seperti Flagstaff Hill (Bukit bendera), Western Hill, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Bukit Penara, Bukit Cendana, Bukit Genting, Bukit Gemuroh dan lain-lain lagi nama. Di tengah-tengah kawasan bukit ini terbentuk lembah-lembah yang subur dan dingin yang menjadi ladang-ladang persendirian yang hanya boleh diakses melalui jalan simen dengan menggunakan motosikal. Ia seperti berada di Tanah Tinggi Cameron. Persekitaran di lembah-lembah ini lebih nyaman jika dibandingkan dengan puncak-puncak yang telah dikormesialkan menjadi lokasi pelancongan seperti puncak Flagstaff Hill (Bukit Bendera). Lembah-lembah sebegini wujud di antara puncak-puncak bukit.




Berbalik kepada Bukit Laksamana, untuk mendaki perlu melalui pintu masuk di Taman Rimba Teluk Bahang. Bagi orang luar yang belum pernah ke sini hanya perlu ikut papan tanda ke Teluk Bahang, dan terus hingga betul-betul jumpa Empangan Teluk Bahang. Di situlah terletaknya Taman Rimba Teluk Bahang. Taman Rimba Teluk Bahang adalah kawasan perkelahan bagi pengunjung yang ingin menikmati kesegaran air terjun. 

Trek mendaki ke Bukit Laksamana bermula dengan menaiki tangga bersebelahan dengan air terjun Taman Rimba. Trek di Taman Rimba mempunyai banyak trek. Oleh itu dinasihatkan agar melihat dahulu peta laluan trek yang disediakan sebelum tangga mendaki. Lebih baik dapatkan sendiri peta trek daripada kaunter pertanyaan di situ ataupun ambik saja gambar dengan kamera (kalau pakai kamera yang resolution cantik). Ini penting supaya tak sesat atau ikut trek yang salah. 


(klik imej untuk imej penuh)


Peta laluan trek denai hutan yang berada sebelum tangga mendaki.

Untuk tips mudah mendaki ke Bukit Laksamana, hanya perlu ikut simpang ke kanan bagi setiap persimpangan yang ditemui. Jangan risau kerana setiap persimpangan ditandakan dengan papan tanda. Tangga mendaki hanyalah berada di permulaan pendakian. Kemudian perlu melaui denai hutan. 

Peta laluan mendaki ke puncak Laksmana.

Perkara yang mencabar ketika mendaki puncak Laksaman ini adalah kontur laluannya yang tidak seragam. Laluannya turun naik berulang-ulang. Selain itu perkara yang mencabar tentang laluan ini adalah tahap kecuraman trek yang tinggi. Namun jangan risau kerana banyak laluan disediakan tali bagi memudahkan pendakian.

Peta kontur laluan mendaki.

Laluan rata setelah tamat laluan anak tangga. 

Tali yang membantu melalui kawasan yang curam

Laluan mula hingga ke simpang 12 adalah laluan dalam gradient menaik. Namun simpang 12 menjadi penanda suatu lagi cabaran iaitu perlu naik dan turun melalui tiga puncak sebelum sampai ke puncak Laksamana. Di puncak-puncak kecil ini juga terdapat tapak menyukat isipadu hujan milik Perbandanan Bekalan Air Pulau Pinang. Di sepanjang laluan apa yang boleh dilihat adalah papan tanda jarak dilalui dan nombor telefon kecemasan.


Papan tanda yang boleh didapati sepanjang laluan mendaki

Laluan bertali. Denai ni jarang dilalui.



Tempoh masa bagi mendaki puncak Laksamana lebih kurang dalam 3-4 jam. Apa yang menarik tentang trek ini adalah ia merupakan laluan trek yang terpanjang sekali di Pulau Pinang.  Laluan untuk sampai ke puncak adalah yang paling mencabar. Perlu melalui anak tangga separa buatan yang sangat curam. Bukan gayat menjadi taruhan, tetapi kekuatan mental dan fizikal teruji dengan aras gradient kecuraman yang tinggi.

Sampai dipuncak tiada apa dapat diungkapkan. Kepuasan terasa. Penat lelah mendaki hilang. 


pemandangan tasik empangan Teluk Bahang

laluan jalanraya yang menghubungkan Teluk Bahang dengan Sungai Pinang Balik Pulau

Kesan runtuhan binaan menara pandang yang telah roboh

pemandangan ke arah Batu Feringghi

Puncak Western Hill diliputi awan

Pemandangan indah dari puncak Laksamana

Pemandangan Teluk Bahang

Laluan trek puncak Laksamana ini sebenarnya bersambung terus merentasi bukit-bukau menuju ke Flagstaff Hill (Bukit Bendera). Namun ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk satu pendakian sehala. Rancang dahulu pendakian sebelum melakukannya. Mungkin pengalaman ini boleh jadi panduan buat sesiapa yang meminati aktiviti merentas hutan dan mendaki ini.

Tonton video Pendakian ke Bukit Laksamana DI SINI>>

SEKIAN..

Nukilan oleh HS 1:30 am 09/12/14
Foto : HS

Untuk penjelajahan yang lepas boleh KLIK link di bawah.

3 comments:

asmahan said...

jom pergi lagi...

asrul balik pulau said...

pernah mendaki trail ni dari taman rimba teluk bahang - bukit bendera 5 kali. memang mencabar terutama kalau dengan group kecil yang laju.. memang best trail ni.. satu kepuasan bila sampai.. terima kasih tuan kerana berkongsi. semoga menjadi inspirasi kepada yg lain..

Firdaus Ismail said...

kena ada penunjuk jalan atau kita bole berpandukan map saja ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI