>

03 November 2014

Ekspedisi Gunung Baling

Entry lepas telah membawa pendakian ke rumah api Mukahead di Taman Negara Pulau Pinang. Bagi yang belum tengok bole klik sini. Kali ni satu ekspedisi baru menjelajah ke suatu Gunung yang tak asing lagi bagi penduduk sekitarnya iaitu Gunung baling. Sememangnya Gunung Baling menjadi suatu bukti geologi yang menarik jika dibandingkan dengan gunung-gunung lain.



Gunung Baling ni termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops. Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur. Dengan bahasa lebih mudahnya ia ibarat sebuah batu besar yang memanjang dan ditumbuhi hutan sederhana di kaki gunung dan hutan renek yang ditumbuhi lalang dan buluh di puncak. Bukan sahaja batu kapur, anda mungkin boleh menemui batuan-batuan kristal. Gunung Baling memang kaya dengan kepelbagaian geologi. 

Pendakian bermula di sebuah kampung yang tak tahu apa nama dia. Hanya berpandukan panduan daripada seorang rakan, pencarian jalan masuk ke starting point pendakian berjaya ditemui. Mungkin yang belum pernah sampai sukar menemui jalan masuk sebab perlu masuk ke jalan kampung. Panduannya terus saja lalu sungai, jumpa masjid, kemudian jumpa tokong tepi gunung dan jumpa la kampung-kampung tepi gunung.

PANDUAN PENDAKI
Untuk ke lokasi mula pendakian ia berada di kwasan kampung. Dari pekan Baling hanya terus melalui JPAM Baling kmudian melalui Tokong Cina dan selepas itu ada kampung2 dalam 400 ke 500 meter. Jalan masuk ikut jalan tar. Parking kat tepi rumah2 org saja. Laluan mula betul2 kena lalu tepi rumah orang dan lalu kawasan semak dan terus jumpa denai hutan. 

(klik imej untuk imej penuh)


Gunung Baling dari Google Maps  dan lokasi starting point pendakian.

Pendakian mengambil masa dalam 2 ke 3 jam bergantung kepada stamina. Walaupun ketinggian gunung ni rendah namun aras kecerunannya menguji mental dan fizikal. Ditambah pula trek curam yang agak licin akibat musim hujan. Nasib kami baik sebab laluan trek ditanda dengan ikatan tali merah di pokok.

Lokasi permulaan. Sempat tanya pakcik jual ikan untuk
confirmkan jalan. Parking tepi rumah orang.

Permulaan laluan mendaki

Tebing curam yang licin. 

Laluan yang agak lembab sebab musim hujan
Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.

Laluan bertali di kawasan yang terlalu curam



Kawasan ni taktau apa nama. Jadi checkpoint. Bila sampai kawasan ni
menjadi penanda akan melalui kawasan berbatu dan lebih curam.
Kawasan berbatu yang ditumbuhi pokok-pokok kecil.

Perlu melalui laluan berbatu yang mencabar. Panjat tebing batu tinggi
dengan tali, lalui celah-celah lubang batu yang sempit

Pabila sampai di puncak Gunung Baling, keindahan alam ciptaan Pencipta terbentang luas. Satu kepuasan bagi seorang pendaki berjaya berdiri di puncak setelah penat mendaki. Tempoh mendaki yang diambil adalah 2 jam setengah (sambil panjat main kamera).

Pemandangan dari puncak Gunung Baling. Menurut penduduk tempatan
puncak di sebelah sana adalah adalah puncak Gunung Pulai.
Gunung Baling dan Gunung Pulai bersambung.

Luas mata memandang. Pemandangan ke sebelah barat iaitu kawasan
Bukit Selambau dan seterusnya Sungai Petani

Pemandangan ke arah utara yang meliputi kawasan banjaran
dan menjadi lokasi kawasan tadahan air Tasik Muda

Tebing gunung disebelah barat adalah tebing menegak. 

Batuan gunung yang terus bersambung hingga hujung.
Batuan-batuan besar gunung ini berbentuk seperti huruf 'C'

Sempat bertemu dengan pendaki lain yang merupakan anak jati Baling.


Hikers dari Baling. 

Huruf 'I' yang terbengkalai. Asalnya nak dirikan ejaan 'BALING' dari puncak.
Faktor kesukaran membawa peralatan menjadi sebab ia terbengkalai.

Boleh uji rasa gayat.
Gunung Baling ni nak hiking awal-awal pagi lagi bagus. Sebabnya puncaknya hanya ada pokok-pokok renek. Jika tengahari mungkin amat panas ditambah pula dengan pantulan haba daripada batu-batu di puncak. Di puncak batu-batu lebih tajam dan laluan sempit. Puncak Gunung Baling ibarat seperti berjalan di atas tulang belakang dinosour. Memanjang dan dipenuhi batu tajam.

Tonton Video ekspedisi di sini >> KLIK SINI

Setakat ini sahaja ekspedisi Gunung Baling. Untuk penjelajahan yang lepas boleh klik link di bawah....

Taman Negara Pulau Pinang : Monkey Beach
Taman Negara Pulau Pinang : Mukahead Lighthouse
Hiking Bukit Bendera

Nukilan oleh HS 4:54 am 03/11/14
Foto : HS

2 comments:

Mohd Khairudin Abd Wahab said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Khairudin Abd Wahab said...

Salam. Bro best tngk hangpa naik bukit ngan gunung merata..saya baru lagi dgn aktiviti hiking ni. Tapi xda betui2 kaki..nak follow hangpa hiking bila2 boleh ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI