>

25 October 2017

Ride Langkawi 13-15 Oktober 2017

Perancangan dua bulan lamanya terhasil dengan jayanya. Ride ke Pulau Lagenda, Langkawi tanggal 13, 14 & 15 Oktober 2017.

Untuk bawa kenderaan ke Langkawi ada dua syarikat feri iaitu Roro Ferry & Langkawi Auto Ekspress (yg kami nampak feri roro & dibuk). Kami memilih Roro feri untuk perjalanan yang lebih santai dan selesa. Sebulan awal booking & bayar terus di website http://www.langkawiroro.com/ .  Tambang hanya RM80 dua hala perjalanan, dan pemandu kenderaan percuma. Kalau bawa penumpang tambang RM36 dua hala (standard harga feri biasa). Masa booking online softcopy geran & ic owner mau ada, kalau owner org lain kna ada dokumen lain (rujuk website).


Hari pertama

sebelum bertolak

Jam 9.30pg lima buah moto + kami berenam mula bergerak ke Kuala Perlis. Jadual feri jam 3 petang, Roro Ferry tetapkan sejam sebelum kena check in. Bak kata otai, pelan-pelan kayuh, jam 12 lebih kami sampai di Kuala Perlis. Solat Jumaat di Masjid Al-Hussain Kuala Perlis brsebelahan dengan feri roro.



Jadual feri bergantung pada pasang surut air laut & cuaca. Sehari satu trip dua hala sahaja. kalau terlepas alamat bye2 sajalah. Jam 2 petang check in di pondok Roro Ferry (kontena sebelah masjid) untuk tukar slip print dari emel kepada tiket dan terus masuk ke feri.

ruang terhad untuk moto, 10 buah ja muat. Kalau lagi byk rasanya boleh, tapi kena reserve ruang siap2 dekat ruang kereta.



Sebab kenapa kami pilih feri roro:-
1)  ruang dek penumpang luas
2) ada jual makanan (mahal skit)
3) ada port open siap meja kat tingkat tingkat atas

Apa yg boleh kata roro ni selesa skit sebab ruang dia luas, 3 tingkat, cuma perjalanan ambil masa lebih lama iaitu 2 jam setengah.




Jam 6ptg smpai ke Pulau Lagenda melalui Dermaga Tanjung Lembong. Bangga terasa dapat jejak taya moto ke Langkawi. Selalu mai sewa keta ja. Sampai-sampai terus check in ke hotel. Untuk hotel hasil survey di Agoda dapat deal paling murah dekat Joy Motel di pekan Kuah. bilik luas, memang cukup katil untuk 6 orang. Dapat harga RM240 untuk dua malam, bermakna seorang RM40 untuk 2 malam (RM20 semalam). Jimat kan, dapat katil sorg satu, xda kes sumbat2 sardin. Untuk grup nak rekemen motel ni sebab ada bilik untuk 6 orang dan HIG Mall sebelah ja, jalan kaki. Parking pun dalam pagar.


Joy Motel

Lepas check in ditakdirkan hujan dan sesudah hujan berkelanalah ke Dataran Lang. Awalnya tak sempat bergambar sebab hujan lebat. Kemuan sesudah gelap hujan berhenti dan dapat rezeki bergambar dalam gelap.

port cantik amik gmbar moto tapi tanah basah xleh p depan, nat terbalik moto.





Sesudah ke Datataran Lang, menuju pula ke HIG Mall. Port beli coklat paling dekat, senang semua ada situ. Meriah dengan manusia-manusia. Sesudah beli-beli rancangan diteruskan untuk cari port makan sempoi. Asalnya mau ronda sampai ke Cenang malam tu.

 TAPI...

Akhirnya.. tersangkut dalam hujan lebat..

tersadai bawah kedai 

Sampai pkul 11 masih tersadai, dan hujan kurang lebat kami terus redah cari tempat makan. Last skli kedai mamak ja sebab smua dah basah, campoq lapaq.



Hari kedua

Hari kedua destinasi kami ke Langkawi Skycab. Skycab sekarang ada boarding time, bermakna xpayah beratur nak msuk (ada yang beratur, tp abg jaga situ cakap xpyah pn, smpai time trus masuk). Cara ni bagus sebab dah elak sesak. Cuma kalau lambat mungkin dapat time lewat sebab ada kuota untuk setiap boarding time.

Tiket skycab basic RM40. tapi include 4 benda; skycab,skydome,skyrex, 3d museum. Kami amik basic saja. Kat atas tambah RM5 utk skybridge. Total habis RM45 utk Langkawi Skycab.








Sebab tiket include 4 benda ni, byk masa kami kat sini saja. Pukul 3 lebih baru selesai kat sini. Next sebab lapar terus cari makan sekitar Cenang. Layan kedai tomyam Selera Lubuk Buaya kat sini>>> . Harga ok laa kalau nak compare area pekan cenang sebab kedai ni dah lepas pekan cenang dah pun. Kedai ada blik solat boleh tumpang solat.

Next ke Pantai Cenang ja la sebab kesuntukan masa. Jalan Cenang dah jadi sehala, jadi terpaksa ikut jalan baru sebelah belakang. Meriah suasana Cenang. Nak mandi timing xkena dh, bju pn  xbwk.. tengok ja org mandi.





Berlabuhnya mentari, maka berlabuhlah perjalanan di Pulau Lagenda. Malamnya ronda2 amik angin di tapak pekan rabu Langkawi.


Hari ketiga

Perjalanan kami berakhir saja di sini. Feri jam 9 pagi, jam 7 lebih kena ada di pejabat roro ferry di Dermaga Tanjung Lembong. Untuk urusan keluar dari Langkawi, perlu ke kaunter roro ambil tiket dan borang kastam. Borang kastam perlu serah kepada pegawai kastam sebelum pegawai check barang-barang pada kenderaan. Info yg dapat dr org ramai, kena ada di Langkawi 2 malam atau 48 jam baru lepas cukai. Tak pasti betul atau tak. Selesai urusan kastam terus masuk ke feri roro.

sarapan atas feri

Bas pun muat masuk feri. 

9 pagi feri bertolak tinggalakan Tanjung Lembong

#ikanbilisrider

Jam 11 lebih selamat sampai di Kuala Perlis. Untuk bawa kenderaan ni perjalanan jadi satu hari sebab jadual feri yang terhad. Sehari hanya sekali. Dari Pulau Feri bertolak awal pagi dan tiba tenghari di Kuala Perlis, seterusnya selepas Zohor feri bergelak kembali ke Langkawi.

Sebabkan masih awal kami sempat ronda-ronda sekitar Perlis. Sempat ke Gua Kelam, Wang Kelian dan Padang Besar.



Jam 9 malam selamat tiba ke rumah manis rumah~~~.. Malas tulis panjang2, jam pukul 1 pagi dah masa taip ni.


NAH VIDEO RIDE LANGKAWI

RIDE LANGKAWI oct 13-15 2017 from Hasifi Sani on Vimeo.


Aggaran kasar kos individu>>
feri RM80+ hotel RM40 + skycab RM45 + makan RM50 + shoping RM100 + minyak rm30
= JUMLAH RM345

next planning ride langkawi 2.0. Sasaran utama island hoping, mandi-mandi, round tempat menarik keling pulau (4 hari 3 mlm)..


Sekian saja nukilan tak terpadat.

photo by Huaweip9
edit by Snapseed

Nukilan oleh HS 01:15 am 25/10/17
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI