>

16 February 2014

Hiking Penang Hill @ Bukit Bendera

Ekspedisi mendaki Bukit Bendera 5 Februari 2014. Mendaki ke Flagstaff Hill pada ketinggian 735 meter dari aras laut. 

Bagaimana Bukit Bendera mendapat nama?
Untuk pengetahuan semua nama Bukit Bendera diambil daripada nama salah puncak di kawasan pergunungan Pulau Pinang (Matsaleh mai letak nama bukit,tapi sebenarrnya status Bukit Bendera dah boleh dikira sebagai status gunung atas faktor ketinggian.). Nama bagi keseluruhan kawasan bukit ini adalah Penang Hill (Bukit Pulau Pinang). Namun penjajah Barat telah menamakan puncak-puncaknya dengan banyak nama. Antaranya Flagstaff Hill, Tiger Hill, Western Hill, Government Hill & lain-lain lagi. Puncak tertinggi adalah Western Hill iaitu 833 meter dari aras laut. Kawasan puncak yang menjadi lokasi pelancongan utama adalah Flagstaff Hill.

Pendakian bermula dari Moongate di Jalan Kebun Bunga. Sebenarnya ada banyak trail hiking Bukit Bendera. Trail Moongate ni akan melalui beberapa perhentian. Trail Moongate ni akan bertemu dengan jalan kereta dekat kafe 84 (dah tutup sbb tanah runtuh). Dekat situ ada pilihan sama ada mendaki ikut jalan kereta atau ikut jalan simen (Moniot Road St.) 

Laluan mendaki yang luas




Perhentian pertama. Ada pondok dan kawasan rehat.


Pemandangan Bandar Farlim

Pokok ni dekat-dekat dengan banglo usang yang ditinggalkan. Memang gerun rumah tu.

Anti Graviti

Mendaki melalui Moongate ada satu yang menarik, naik ke satu puncak bukit dan turun semula menuju ke Bukit Bendera. Naik turun naik~~


Laluan kereta. Namun hanya jip yang boleh lalu sebab aras kecerunan jalan ni memang sangat mencabar.. 



Banglo kolonial di lereng bukit. Best dapat dok sini. Angin bukit sejuk,dapat tengok  view cantik.


Puncak Flagstaff Hill

Kelihatan Jambatan Pulau Pinang


Sebenarnya bila hiking ni akan ada satu kepuasan. Kalau naik guna train macam takda feel sangat. Kawasan hutan kat Penang sebenarnya ada banyak trail-trail hutan untuk trekking. Boleh kata seluruh kawasan hutan boleh masuk. Tahun lepas dah berjaya masuk betul-betul tengah-tengah hutan Penang. Bak kata orang putih The Heart of Penang

THE HEART OF PENANG

Video ekspedisi Bukit Bendera


10 comments:

SITI NURZALINA ZAINOL said...

Ada kna bayaran x utk memulakan hikingni

Anonymous said...

tak dak... free jer

noriqbal said...

kena bgtau sape2/pihak berkuasa ke kalau nk daki? atau terus naik je

mad asri ibrahim said...

kalau nk daki bukit bendera boleh bagi tau nak mula dari mana... adakah kena ikut jalan kita nk naik kereta kebal atau da laluan lain disedia kan..

hasifi sani said...

Bukit Bendera boleh terus hiking ja. Ada byak laluan hiking. Tapi yg familiar laluan mendaki di Moongate berdekatan Kebun Bunga. Jgn risau sbb laluan ni clear dan ramai hiking ikut sini. Klau ikut kereta kabel ada laluan,tapi tak rmai hiking sbb situ tanah2 prsendirian. Kalau mendaki ikut moongate ada dua opsyen utk turun, sma ada guna laluan yg sama ataupun turun dgn jalan jip (jalan tar). Jalan jip dan trek moongate bersebelahan saja.

Fazli said...

Kalau ikut Moongate, kita akan jumpa KAfe 84, dr situ, ada trek hutan ke Bkt Bendera tak atau ikut jalan tar dkt kafe 84 ke puncak. Marking dekat trail kurang, mgkin local blh letak lebih marking.

hasifi sani said...

Ada trek hutan..tp trek banyak simpang2 ..

Sha Rahman said...

Tumpang tanya tough tak trek ni? sebab dalam perancangan nak bawak budak2. N estimate time dia berapa lama nak sampai atas ek?

Muhammad Aiman said...

Terima kasih atas perkongsian pengalaman.
Saya baru sekali mendaki Bukit Bendera ni.

Untuk pengetahuan, ada dua laluan, iaitu laluan denai hutan dan laluan jalan tar. Pendaki boleh pilih salah satu laluan.
Dan di pertengahan jalan, kedua-dua laluan ni ada bertembung, jadi kita boleh tukar laluan kalau nak.

Anggaran masa untuk sampai ke puncak adalah 4 jam.
Masa turun lebih kurang 2 jam.

Kalau untuk bawa pelajar sekolah menengah, inshaaAllah boleh.

Anonymous said...

Alhamdulillah, selamat mendaki bersama keluarga. Naik dari Moongate. Pendakian selama hampir 3 jam setengah. Agak licin sebab hujan. Apapun memang enjoy gilerz.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI