Ekspedisi mendaki Bukit Bendera 5 Februari 2014. Mendaki ke Flagstaff Hill pada ketinggian 735 meter dari aras laut.
Bagaimana Bukit Bendera mendapat nama?
Untuk pengetahuan semua nama Bukit Bendera diambil daripada nama salah puncak di kawasan pergunungan Pulau Pinang (Matsaleh mai letak nama bukit,tapi sebenarrnya status Bukit Bendera dah boleh dikira sebagai status gunung atas faktor ketinggian.). Nama bagi keseluruhan kawasan bukit ini adalah Penang Hill (Bukit Pulau Pinang). Namun penjajah Barat telah menamakan puncak-puncaknya dengan banyak nama. Antaranya Flagstaff Hill, Tiger Hill, Western Hill, Government Hill & lain-lain lagi. Puncak tertinggi adalah Western Hill iaitu 833 meter dari aras laut. Kawasan puncak yang menjadi lokasi pelancongan utama adalah Flagstaff Hill.
Pendakian bermula dari Moongate di Jalan Kebun Bunga. Sebenarnya ada banyak trail hiking Bukit Bendera. Trail Moongate ni akan melalui beberapa perhentian. Trail Moongate ni akan bertemu dengan jalan kereta dekat kafe 84 (dah tutup sbb tanah runtuh). Dekat situ ada pilihan sama ada mendaki ikut jalan kereta atau ikut jalan simen (Moniot Road St.)
Sebenarnya bila hiking ni akan ada satu kepuasan. Kalau naik guna train macam takda feel sangat. Kawasan hutan kat Penang sebenarnya ada banyak trail-trail hutan untuk trekking. Boleh kata seluruh kawasan hutan boleh masuk. Tahun lepas dah berjaya masuk betul-betul tengah-tengah hutan Penang. Bak kata orang putih The Heart of Penang.
 |
THE HEART OF PENANG |
Video ekspedisi Bukit Bendera