>

23 April 2014

PLAZA TOL BANDAR CASSIA BATU KAWAN : PLAZA TOL TERBESAR DI MALAYSIA



Pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadi suatu sejarah baru kepada Malaysia. Tidak terlepas juga pembukaan dua plaza tol baru yang dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway & juga Jambatan Kedua Sdn. Bhd.  Jambatan Kedua Sdn. Bhd. Mengendalikan plaza tol bagi masuk ke jambatan melalui sistem tol terbuka. Manakala PLUS Expressway mengendalikan Plaza Tol Bandar Cassia yang merupakan susur keluar baharu Lebuhraya Utara Selatan bagi laluan ke Jambatan Kedua dan Bandar Cassia Batu Kawan. Sistem tol di Plaza tol Bandar Cassia merupakan sistem tol tertutup.


Mesti ramai yang kurang jelas apa itu sistem tol tertutup dan tol terbuka. Tol tertutup adalah sistem tol yang mana pengguna hanya bayar kadar tol mengikut jarak yang dilalui sahaja. Bermakna ada tol masuk & tol keluar. Tol masuk pengguna hanya ambil tiket transit dan tol keluar pengguna bayar kadar mengikut jarak yang dilalui. Manakala bagi system tol terbuka pengguna yang melalui plaza tol dikenakan bayaran yang telah ditetapkan. Ia tidak mengikut jarak yang dilalui. Tol terbuka banyak terdapat di kawasan bandar seperti Lembah Klang dan Seberang Perai Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang pertama dan kedua menggunakan system tol terbuka dimana kadar yang tetap dikenakan. Walaubagaimanapun, satu benda yang ramai tidak tahu sebenarnya sistem tol mempunya tempoh konsesinya sendiri. Bukan bermakna tol akan dikenakan buat selamanya. Setelah tamat tempoh konsesi syarikat konsesi maka tamatlah bayaran tol.



Berbalik kepada Plaza Tol Bandar Cassia Batu Kawan, plaza tol ini merupakan plaza tol yang terbesar sekali di Malaysia. 




Mempunyai sebanyak 28 lorong menjadikan ia sebagai plaza tol terbesar mengalahkan plaza tol Sungai Besi yang mempungai 18 lorong. Masih ramai lagi confius dengan tol JKPP2 dan tol Bandar Cassia. Jika anda dari Lebuhraya Utara Selatan dan memilih susur keluar ke Jambatan Kedua maka anda akan keluar melalui Plaza Tol Bandar Cassia yang dikendalikan oleh PLUS. Seterusnya anda akan melalui persimpangan bertingkat Bandar Cassia dan barulah melalui Plaza Tol Jambatan Kedua jika mahu melaluinya. 


Peta Plaza Tol Bandar Cassia & Plaza Tol JK2PP

Plaza Tol Bandar Cassia telah dibuka dan beroperasi kepada orang ramai bermula 2 Mac 2014 yang lalu. Apa yang menarik tentang plaza tol ini adalah bumbungnya menggunakan binaan arch roof. Bumbung plaza disokong oleh binaan lengkungan besar yang dibina merentasi lebuhraya.

 




Bandar Cassia masih lagi dalam pembangunan dan pembukaan lebuhraya di sini pasti merancakkan lagi aktiviti ekonomi di sini. Suatu pembangunan bercampur bakal dibangunkan melibatkan  perindustrian, komersial (Pusat membeli-belah), dan juga kawasan kediaman. Lokasi ini berdekatan dengan Stadium Negeri Batu Kawan dan jeti Batu Musang untuk ke Pulau Aman.

p/s : terkenang pengalaman jadi jurutol kat plaza tol Bagan Ajam. Satu-satunya plaza tol dan kawsan rehat di tepi pantai di Malaysia. Artikel ni ditulis sendiri. Bukan kopipes.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI