Sabtu 25 Julai 2015, satu pendakian ke Puncak Jerai selamat kami bertiga selesaikan dengan jayanya. Kali ni hiking hanya bertiga. Hiking kali ni naik melalui Tangga Kenari di Titi Hayun dan turun melalui jalan tar yang penghujungnya di Guar Chempedak. Oleh sebab jarak antara starting & ending point agak jauh, terpaksa kami guna dua buah kereta. Jam 9.30 pagi kami tiba di Guar Chempedak dan tinggalkan sebuah kereta di situ dan kemudian teruskan perjalanan 17km ke Titi Hayun untuk mula mendaki.
 |
Lokasi permulaan dan penamat. 17km dengan kereta dari starting ke ending point (laluan biru). Laluan mendaki & turun berwarna merah. |
Seperti kebiasaan, pendakian ke Jerai hanyalah ke puncak kedua Jerai yang ketinggiannya 986 meter dari paras laut. Puncak kedua menempatkan Jerai Regency Hill Resort. Manakala puncak pertama ketinggiannya 1200 meter dari paras laut pula menempatkan stesen pemancar telekomunikasi dan penyiaran tv & radio serta pos kawalan terntera. Penghujung puncak kedua adalah kawasan larangan. Di puncak kedua orang awam (kecuali staf stesen pemancar) hanya boleh sampai di Padang Tok Sheikh.
 |
Permulaan Tangga Kenari |
Jam 10.15 pagi kami mula pendakian melalui tangga kenari. Jumlah anak tangga dalam 1000 lebih. Hasil kiraan anggaran aku buat jika purata 1 anak tangga tinggi 10 cm maka untuk 1000 anak tangga bermakna kami dah panjat 100 meter untuk tangga saja. Bayangkan ketinggian 100 meter dah menyamai lebih kurang ketinggian separuh menara Komtar.
Sebenarnya permulaan hiking melalui anak tangga ni memang sedikit menguji fizikal & mental. Tapi alhamdulillah semuanya lancar. Kami berjaya habiskan lebih 100 meter ketinggian pendakian melalui anak tangga. Seterusnya trek hutan kami teruskan. Banyak kesan-kesan 'seqondoi' babi hutan kami jumpa. Trek Jerai melalui Titi Hayun ni sebenarnya amat 'clear'. Dari jauh dah nampak denai laluan. Hampir 2 jam perjalanan tiba-tiba hujan lebat turun. Kelam kabut berhenti nak simpan barang penting dalam plastik. Hujan tak boleh halang perjalanan. Kami teruskan perjalanan dalam hujan.
 |
Selepas hujan lebat baru dapat keluarkan kamera untuk ambil gambar |
 |
laluan ke puncak |
 |
Paras ketinggian lebih kurang 800-900 meter, pokok yang tumbuh kategori kecil & rendah-rendah |
4 jam meredah denai hutan, akhirnya kelihatan laluan Trek Jejak Warisan. Maka pendakian selamat tiba di puncak Jerai.
 |
Trek Jejak Warisan |
 |
Pemandangan puncak pertama (1200m) |
Kami menyusuri Trek Jejak Warisan hingga ke permulaan trek bersebelahan dengan Telaga Tok Sheikh. Di laluan trek ini juga terdapat laluan menghala ke Air terjun Alor Naga. Mungkin sekali lagi nak rancang ke Jerai dengan moto untuk ke Alor Naga. Dari telaga Tok Sheikh kami terus ke kawasan The Regency Jerai Hill Resort untuk menikmati pemandangan indah dari puncak kedua jerai (986m).
Dulu pernah sampai ke puncak pertama (1200m) dengan moto, tapi sampai depan pintu pos kawalan tentera saja sebab memang tak boleh masuk. Ikutkan kawasan larangan.
Dari puncak, betapa indah dan kerdilnya terasa diri ini dengan alam ciptaan-Nya. Sungguh berkuasa Dia menciptakan alam nan luas ini. Subhanallah..
 |
Pemandangan sawah padi dan laut |
 |
Pemandangan dari kawasan perkhemahan Sungai Teroi |
 |
Pemandangan dari puncak The Regency Jerai Hill Resort |
 |
Persekitaran The Regency Jerai Hill Resort |
 |
Sungai Teroi. Sempat mandi di sini sebelum teruskan perjalanan turun. |
Puas di puncak, perjalanan turun bermula. Jalan tar di pilih untuk menuju ke kawasan perkhemahan Sungai Teroi. Di Sungai Teroi adanya kolam buatan dan sungai yang pasti menyegarkan mata dan badan yang penat mendaki. Kesempatan kami gunakan berendam di sungai demi menyegarkan badan.
Jam 4.50 petang kami mulakan perjalanan turun melalui jalan tar. Jam 6.30 petang ekpedisi kami bertiga selamat sampai ke penamat. Alhamdulillah selesai pendakian ke Puncak Jerai. Misi seterusnya ke puncak Gunung Baling buat kali ketiga.
Klik kalau nak baca pasal hiking yang lain>>>
Nukilan oleh HS 2.12 am 29/07/15
Foto : HS
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS
Salam. Saya nak tanya. Memang nak daki gunung jerai tak ada guide eh? Mcamna nk tahu trek dy klau ikut tangga kenari tu? Sebab saya daki sebelum ni guna tar ja. :)
ReplyDeleteKlau xbiasa naik amik guide. Tp trek dia clear ja.. dr tgga lenari trus ja smpai hbis tgga jmpa pondok..follow ja trek..trek clear..
DeleteNak tyn sikit boss, kalau nak guna jalan tar hiking, dan sy dari alor setar,mana tempat sy kena henti kereta? Sblm ni tak pernah pi gunung jerai lagi
Delete0194557407...jom kita p sama²
Delete0194557407...jom kita p sama²
DeleteNice info..will try soon. Agak2 safe tak utk perempuan shj pegi tanpa guide?
ReplyDeleteNice info..will try soon. Agak2 safe tak utk perempuan shj pegi tanpa guide?
ReplyDeleteNice info..will try soon. Agak2 safe tak utk perempuan shj pegi tanpa guide?
ReplyDeleteTumpang tnya. Trek lepas tangga tu memang clear ka.
ReplyDeleteNampaknya soalan tuan puan tidak berjawab. Kesian kat kita
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDia busy daki gunung lain le tu... spe nk ikut daki gunung baling 23/12/2017 nie.... bole msg kat sy
ReplyDeletei nk joint
DeleteMaaf sebab xreply,bru brkmsempatan jenguk sini. Trek lepas tangga clear ja tuan.. Nak hiking klau lebih baik ramai2.. Ikut prosedur, prlu permit dr jab perhutanan kedah.
ReplyDeleteMaaf sebab xreply,bru brkmsempatan jenguk sini. Trek lepas tangga clear ja tuan.. Nak hiking klau lebih baik ramai2.. Ikut prosedur, prlu permit dr jab perhutanan kedah.
ReplyDeleteBoleh dapatkan hp guides gunung jerai....
ReplyDeleteterbaik der.... seronok aku baca catatan kau ni. aku pun ada plan nak kesana
ReplyDeletekalau free, wasap info lain kat aku 0189784549 - nahar
Fff
ReplyDeletesebagai orang tempatan yang tinggal di kaki gunung jerai,seronok pula saya baca komen. ramai rupanya yang berminat dengan gunung jerai
ReplyDelete