Kedah Darul Aman hari ini merupakan sebuah negeri moden yang bersama membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia) sejak 1957. Namun era silam, Kedah bukanlah seperti mana yang wujud hari ini. Kedah merupakan sebahagian wilayah Empayar Langkasuka yang wujud sekian lama sebelum wujudnya Empayar Kesultanan Melaka. Bahkan Kesultanan Islam Melayu Kedah lebih awal muncul sebelum Melaka. Tanadun Lembah Bujang merupakan permulaan kepada lahirnya Kedah Tua.
Tamadun Hindu-Buddha
Sebelum wujudnya Kesultanan Islam Kedah, Kedah sudah berkembang dengan pengaruh Hindu-Buddha. Melayu adalah pribumi asal mendiami Lembah Bujang. Pribumi ini asalnya berkepercayaan animisme namun pengaruh keagamaan, kebudayaan, tulisan, sastera, bahasa dan lain pengaruh dari Tamadun India (Hindu dan Buddha) mula dibawa masuk ke Lembah Bujang. Ia bertepatan dengan Teori Greater India oleh Snouck Hurgronje. Era Empayar Chola telah merubah peradaban pribumi Lembah Bujang kepada tamadun Hindu Lembah Bujang, Kedah Tua.
Tamadun Melayu berkepercayaan Animisme
Namun itu hanyalah teori berdasarkan jumpaan di Lembah Bujang. Hanya jumpaan arkeologi di beberapa puluh buah tapak. Tamadun Lembah Bujang bukanlah seluas itu, tapi lebih besar pengaruhnya. Teori pribumi (Melayu) mengamalkan Animisme masih relaven. Tiada bukti arkeologi sebuah kerajaan Hindu berdiri di Lembah Bujang. Tiada artifak melambangkan kuasa raja, sebaliknya hanyalah artifak berupa keagamaan dan peralatan seharian. Masyarakat Melayu Kedah Tua sudah lama mengamalkan animisme dan tak semua yang menganuti Hindu-Buddha.
![]() |
Sungai Merbok, sebahagian jaringan perdagangan silam Kedah Tua |
![]() |
Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah |
![]() |
Tinggalan pelapik tiang candi sekitar Lembah Bujang |
![]() |
Candi Bukit Batu Pahat, candi induk terbesar di lembah Bujang |
![]() |
Bekas batu yang dipahat untuk membina candi di Sungai Batu Pahat |
![]() |
Batu yang telah dipahat |
Teknologi hasil peradaban yang dikembangkan oleh Tamadun Lembah Bujang telah membentuk suatu sistem masyarakat pribumi yang sistematik yang ada ketuanya atau penghulunya sendiri. Namun tiada sistem beraja yang muncul era awal kemunculan tamadun.
Permulaan Sejarah Beraja Kedah Tua
Kedah Tua bermula dengan munculnya peradaban Lembah Bujang. Banyak sumber kemunculan raja di Kedah. Versinya datang Maharaja Derbar Raja dari Parsi dan diangkat sebagai Raja. Versi Hikayat Merong Mahawangsa menyebut Merong Mahawangsa sebagai Raja pertama.
Hikayat Merong Mahawangsa
Raja Merong Maha Wangsa
Raja Merong Maha Pudisat
Raja Seri Maha Wangsa
Raja Seri Maha Indera Wangsa (Raja Bersiong)
Raja Ong Maha Perita Deria
Raja Phra Ong Maha Pudisat Raja
Phra Ong Maha Wangsa (Sultan Mudzaffar Shah I)
Raja Parsi
Maharaja Derbar Raja (berpusat di kota Langkasuka)
Maharaja Diraja Putera (kota Langkasuka)
Maharaja Maha Dewa (Sidim, Kulim)
Seri Maharaja Karna Diraja (kota Aur, Sik)
Seri Paduka Maharaja Kerma (kota Aur, Sik)
Seri Paduka Maharaja Maha Dewa (bukit Meriam)
Seri Paduka Maharaja Derma Raja
(bukit Meriam)
Seri Paduka Maharaja Maha Dewa II (bukit Meriam)
Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II (bukit Meriam) - Sultan Mudzaffar Shah I.
![]() |
Tapak Tamadun awal Kedah Tua |
![]() |
tinggalan arkeologi Lembah Bujang |
![]() |
Papan tanda menuju ke Makam Sultan Mudzaffar Shah |
![]() |
hadapan makam |
![]() |
makam-makam yang turut bersama |
![]() |
tak pasti mana satu makan Baginda, tapi inilah batu nisan paling besar |
![]() |
Pemandangan Gunung Jerai dari kawasan makam |
Pengislaman Maharaja Debar Raja II @ Phra Ong Maha Wangsa
Kedatangan Syeikh Abdullah Al-Qumairi dari Yaman ke Semenanjung Tanah Melayu telah merubah sosiobudaya masyarakat setempat Kedah. Beliau telah mengislamkan baginda Maharaja Derbar Raja II @ Phra Ong Maha Wangsa dan secara tidak langsung merubah semua rakyat dibawah daulat sultan memeluk Islam. Syeikh Abdullah al-Qumairi menyarankan supaya dibina sebuah menara sebagai tanda kebesaran Islam di puncak Gunung Jerai dan dijadikan sebagai tempat azan dan menyeru umat supaya menunaikan solat. Bentuk geografi dataran di puncak amat sesuai dijadikan lokasinya dan hari ini dinamakan sebagai Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai. Nama Kedah ditukar sebagai Kedah Darul Aman.
![]() |
binnaa menara dibina sempena memperingati usaha dakwah Syeikh Abdullah |
![]() |
tangga menuju ke Padang Tok Sheikh |
![]() |
suhu sejuk dan kelembapan tinggi di kawasan sekitar |
![]() |
Padang Tok Sheikh, 1200 meter dari aras laut |
![]() |
Pemandangan kearah puncak menara telekomunikasi |
![]() |
jauh mata memandang |
![]() |
Sungai Teroi, Jerai. Kawasan semulajadi pokok damar merah |
![]() |
Air terjun Sungai Teroi |
![]() |
Nama surau di Jerai Hill Resort mengabadikan nama Syeikh Abdullah Al-Qumairi |
![]() |
Pemandangan dari resort |
Sebelum memeluk Islam, Sultan Mudzaffar Shah I sudah menjakan pemerintahan di Bukit Meriam, Kedah dan diteruskan disana setelah Islam. Lokasi Bukit Meriam masih dalam lingkungan Lembah Bujang dan merupakan kelangsungan dari tamadun awal Lembah Bujang. Hari ini Bukit Meriam dan kawasan sekitarnya hanyalah kawasan perkampungan Melayu pesisir laut dengan sawah bendang terbentang luas menguasai lanskapnya.
![]() |
Kampung Bukit Meriam |
![]() |
Pemandangan Bukit Meriam dari sawah padi |
![]() |
Bukit Meriam berlatarkan pemandangan matahari terbenam |
Kawasan pesisir pantai sekitar Merbok Kota Kuala Muda dan Yan sejak dulu kala pasti suatu kawasan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dari dunia luar. Gunung Jerai menjadi panduan utama pelaut suatu masa dulu. Ini jadi sebab kenapa Kedah amat dikenali suatu masa dulu lebih awal dari empayar Melaka.
![]() |
Mee Udang Paksu Pulau Sayak, pemandangan menarik |
![]() |
terbenamnya sang mentari mengingatkan kepada lambaian Melayu silam Kedah Tua kepada pelaut-pelaut yang mengkagumi Kedah |
![]() |
Pulau Pinang masih kelihatan dari jauh. |
British dan Siam
Oleh kerana ketamadunan yang tinggi di sekitar lembah ini, penjajah Barat turut tertarik dengan salah satu pulau milik Kedah iaitu Pulau Pinang. Pulau Pinang suatu masa dahulu adalah pusat maritim hebat Kedah dan akhirnya menjadi milik kuasa barat termasuk sebahagian wilayah tanah besar milik Kedah berhadapan dengan Pulau Pinang. Di utara, Kedah diancam Kerajaan Siam dan walaupun berdaulatnya sendiri, Siam masih mengakui Kedah sebagai wilayahnya.
Batu Terat di Ekor Kucing, (Pulau Pinang & Kedah) menjadi bukti persempadan yang dibuat antara British dan Siam. Hari ini sempadan ini bertukar sebagai sempdan Pulau Pinang dan Kedah. Batu tersebut menandakan sempadan antara Siam (Kedah) dengan British (Pulau Pinang)
![]() |
Lokasi batu sempadan Batu Terat berdekatan Sungai Muda |
![]() |
Batu Terat dipulihara sebagai warisan untuk anak cucu |
![]() |
tertera tulisan British & Siamese Boundary |
Anglo-Siamese Treaty 1909
Perjanjian Bangkok 1909 (Anglo-Siamese Treaty) 1909 adalah sejarah yang membuatkan dunia Melayu tersentak. Bumi Melayu semenjung terpisah dua: kepada jajahan Siam dan jajahan British. British Malaya mula mengambil alih Kedah sebagai wilayahnya. Persempadanan Kedah moden seperti yang ada hari dibentuk. Maka wujudlah peta negeri Kedah yang ada hari ini. British memperkuatkan pengaruhnya di Semenanjung Tanah Melayu dan jaringan-jaringan pengankutan dibina untuk ekstrak sumber bumi Melayu dan memudahkan pergerakan mereka sendiri. Peninggalan jambatan keretapi lama menjadi buktinya.
![]() |
Jambatan kereta api di yang menghubungkan Pinang Tunggal Kedah dan Pinang Tunggal Pulau Pinang. |
![]() |
struktur binaan era British |
![]() |
Sungai Muda, sempadan antara Pulau pinang dan Kedah |
![]() |
jambatan ini sudah tidak digunakan lagi |
![]() |
kesan laluan landasan lama |
Tsunami 2004
Peristiwa Tsunami 2004 menggemparkan kembali bumi Kedah dan Pulau Pinang yang suatu masa dahulu merupakan sebahagian daripada empayar Kedah Tua. Kawasan pesisir pantai lembah bujang sekitar Kota Kuala Muda dibadai ombak besar tsunami yang berpunca dari gempa bumi dasar laut di Lautan Hindi. Semenanjung Tanah Melayu sekian lama adalah bumi yang selamat dari bencana namun 2004 tidak baginya.
![]() |
Tugu peringatan tsunami 2014 di Kota Kuala Muda |
![]() |
Tinggalan rumah yang musnah |
Perjalanan sejarah Kedah bukan sahaja berkisah tentang negeri Kedah moden hari ini, tapi semuanya adalah sebahagian dari Kedah Tua meliputi geografi utara bumi Semenanjung Melayu. Maka wajarlah Kedah digelar sebagai negeri tertua dan tertua sistem beraja dan kesultanannya.
Penulisan ini hasil dari pengalaman dan pembacaan peribadi sahaja. mungkin ada ketidaksamaan dari sudut fakta atau penterjemahan fakta.
Trailer filem hikayat merong Mahawangsa (2010) yang diadaptasi kisahnya daripada kisah Merong Mahawangsa dari karya Hikayat Merong Mahawangsa.
Trailer filem hikayat merong Mahawangsa (2010) yang diadaptasi kisahnya daripada kisah Merong Mahawangsa dari karya Hikayat Merong Mahawangsa.
Ride Jelajah Susur Galur Bangsa 6 Januari 2019.
Sekian saja nukilan tak terpadat.
photo by GoProHero6,Huaweip9
edit by Snapseed
Nukilan oleh HS 10:40pm 08 Januari 2019
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS
No comments:
Post a Comment