Anak muda bermotosikal kapcai memulakan pusingan roda merentas bumi bertar mencari sesudu teh pengalaman hidup yang tak mungkin dapat di pancing di depan cahaya led komputer ataupun cahaya kelip paparan telefon pintar.
Nukilan yang tak pasti sama ada klasifikasinya puisi, travelog, karangan autobiografi, dan lain-lain-lain..
HARI PERTAMA : RIDE KE GUNUNG BRINCHANG (2032m)
Dalam perjalanan mentari keluar dari kepungan syuruk, roda mula berputar di titik pertemuan di RnR Juru. Jam 9 pagi dua roda pada dua gandar berlainan di kali dengan dua set (2 buah jentera kapcai) memulakan musafir setelah mengisi full tank bahan bakar. Perjalanan mensasarkan negeri Cik Siti Wan Kembang. Kali kedua tangki diisi di tebingan Sungai Perak sebelum mendaki naik dipacu kuasa yang ditendang piston pada isipadu ruang pembakaran 110 & 125 setiap satunya.
Cukuplah setakat di sini bahasa-bahasi longsai.. kembali pada bahasa senang difaham masyarakat majmuk satu Malaysia.
Perjalanan kami dari Juru, Pulau Pinang ke Lojing, Kelantan ambil masa 3 jam. Loging sebenarnya amik masa dalam 10 minit dari simpang ke Kampung Raja.
|
Sebelum ke Lojing, singgah kat port ni dulu shoot gambaq |
|
Pintu gerbang simbolik negeri Kelantan |
|
Di kiri Masjid Lojing, & kanan jalan turun ke Gua Musang. |
Dari Lojing, Kelantan roda kembali berputar kembali ke bumi Pahang. Kami teruskan menjelajah di tanah tinggi yang diberi nama Tanah Tinggi Cameron.
|
Check in hotel di Tanah Rata |
Destinasi & juga misi utama adalah ke jalanraya TERTINGGI di Malaysia, iaitu di puncak Gunung Brinchang. Ketinggian mencecah 2032 meter dari paras laut. Untuk ke sana, masuk ikut jalan ke ladang Boh Sungai Palas.
|
Pemandangan ladang teh |
|
Pemandangan ladang teh |
|
Penat meneran gear satu, jentera berehat sebentar. |
Perancangan asal sebenarnya nak hiking ke Gunung Irau. Tapi keadaan tak mengizinkan sebab aada renovation dan pemuliharaan.
|
Singgah di pondok kebun sayur di lereng jalan turun dari Gunung Brinchang |
|
Kebun sayur |
|
laluan di ladang teh |
Turun dari puncak membawa roda berhenti sebentar di lembah teh yang subur menghijau. Kelibat homo-sapien yakni bani Adam menikmati alam Tuhan.
Selesai di ladang teh yang luas terbentang keterujaan terhenti kerana pintu masuk ke kawasan tertutup Ladang Boh Sungai Palas dah ditutup atas faktor tamat waktu melawat bagi pelancong. Maka roda bergerak turun menuju ke Tanah Rata yakni ke hotel penginapan.
HARI KEDUA : HIKING GUNUNG BEREMBUN (1840m)
Sebelum berlepas, menikmati dahulu cuaca segar pagi Tanah Rata.
|
Suasana pagi di Tanah Rata |
|
Pemandangan Gunung Berembun |
Pendakian ke Gunung Berembun kami jelajahi melalui Jungle Walk 7 yang mana trail bermula dari kawasan Mardi Tanah Rata. Jadi maknanya kena bayar RM3 nak masuk Mardi. Sebenarnya trail ni memang tak tau dan hanya tau hasil rujukan dari apps wikimapia melalui peta layer OSM Map. Boleh tengok trail-trail trekking dalam Malaysia dengan apps ni.
|
Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands |
Nak jadi ceritanya ni kes hiking main rodong jalan. Betui kata pepatah Melayu, Malu bertanya sesat jalan. Cubaan pertama gagal cubaan kedua juga gagal dan membawa kami ke kawasan ladang sayur dan tak nampak signage trail hiking.
|
Sesat dalam kawasan tanaman sayur hidroponik |
Dah sesat jauh dalam kawasan ladang sayur, maka akhirnya pertanyaan mula dibuat kepada pekerja-pekerja ladang warga Bangladesh. Akhirnya baru dapat petunjuk ke trail. Trail Jungle Walk 7 kena masuk dan redah kawasan batas-batas sayur dan kawasan tanaman strawberi.
|
Signage pertama yang jumpa pada permulaan trail hutan |
|
Laluan paku-pakis |
Laluan permulaan kena lalu semak paku-pakis yang hampir-hampir tutup trail. Trek landai dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan tontonan umum. Apa yang menarik, hutan sini juga di adanya lumut-lumut tumbuh di laluan dan batang pokok. Kiranya mossy forest jugak la.
Link video penjelajahan dekat fb>>>
KLIK SINI
Nukilan oleh HS 11:30 pm 17/01/16
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS
No comments:
Post a Comment