Ramai orang luar bila sebut pasai Penang nanti sebut pasai bandar, heaven la.. Tapi tak ramai yang tau Pulau Mutiara ni ada banyak trek-trek untuk jungle trekking dan hiking bagi penggemar sukan lasak. Post-post sebelum ni ada pasai hiking Bukit Bendera .. Kali ni bole mai tengok pasai trek jungle trekking Taman Negara. Post episod pertama ni adalah sedikit travelog menjelajah hutan menuju ke Teluk Duyung (Monkey Beach)
Untuk masuk, terlebih dulu kena daftar nama dekat kaunter Taman Negara dulu. Takda bayaran yang kena, cuma tulis nama dan lokasi yang kita nak pi. Lepas tu petugas kaunter akan bagi permit untuk masuk. Dah daftar boleh masuk. Untuk ke Teluk Duyung hanya ada dua jalan. Jalan darat (jungle trekking) dan jalan air (bot).
(klik imej untuk imej penuh)
Lokasi pintu masuk Taman negara dan lokasi Monkey Beach |
Laluan trekking |
Flora yang ada di laluan trekking |
Anggaran masa untuk sampai sini lebih kurang 1 jam 15 minit. Monkey Beach adalah satu-satunya tanah persendirian yang berada di tengah-tengah kawasan Taman Negara Pulau Pinang. Boleh berkelah, buat aktiviti sukan air, naik jetskit kat sini. Gerai jualan pun ada dekat sini.
Jangan lupa tunggu video travelog Monkey Beach di facebook kucingbacakitab yang akan di upload nanti.
Ikuti sambungan episod 2 yang akan membawa penjelajahan ke Rumah Api Muka Head...
TO BE CONTINUE>>>>>>>